HARI 1: PIALA TUN SHARIFAH RODZIAH 2015

Aksi hari pertama, petang tadi (Ahad, 2 Ogos 2015) menyaksikan juara bertahan Piala Tun Sharifah Rodziah, Sabah menunjukkan taring dengan membelasah Negeri Sembilan 16-0 di Padang B, UKM, Bangi dalam saingan Kumpulan A.

Sementara itu, pada satu lagi perlawanan Kumpulan A, Selangor berjaya mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Pulau Pinang di Padang A, UKM.

Saingan Kumpulan B pula didahului oleh Pahang yang berjaya menundukkan ATM 2-0 di Padang ILKAP, Bangi manakala pasukan baharu pada edisi tahun ini, MISC-MIFA mengejutkan naib juara edisi terdahulu 2004, PDRM 1-0 di Padang C, UKM.

KEPUTUSAN HARI INI
 
KUMPULAN A
 
PULAU PINANG 0
SELANGOR 1
Nur Fazira Muhammad Sani m-34
 
SABAH 16
Nor Athirah Mamat m-6, m-17, m-26, m-66, m-71,
Jaciah Jumilis m-10,
Thera Delstey Thomas m-16, m-21, m-39, m-41,
Nuraziela Ali Jainal m-23,
Rosdiana Deline Jerus m-28,
Siti Nurfaizah Saidin m-34,
Zaffeka Zakaria m-40, m-64,
Zaryatie Zakaria m-72

NEGERI SEMBILAN 0

KUMPULAN B
 
ATM 0
PAHANG 2
Noradilah Idrus m-6 & m-14,
 
PDRM 0
MISC-MIFA 1
Rozeini Dusileh m-70
 
 

JADUAL ESOK (ISNIN, 3 OGOS)

KUMPULAN A

4.45 ptg: Sabah lwn Pulau Pinang (Padang C, UKM)

4.45 ptg: Selangor lwn Sarawak (Padang ILKAP)

KUMPULAN B

4.45 ptg: ATM lwn PDRM (Padang A, UKM)

4.45 ptg: MISC-MIFA lwn Perak (Padang B, UKM)

J Category: 
article/women-s-football