HARI 4: PIALA TUN SHARIFAH RODZIAH 2015

Hari keempat (Rabu, 5 Ogos 2015) Piala Tun Sharifah Rodziah menyaksikan tiga pasukan berjaya mengorak langkah ke pusingan separuh akhir.

Bagi Kumpulan A, juara edisi tahun 2004, Sabah mengesahkan slot ke pusingan separuh akhir setelah melakar kemenangan selesa 3-0 ke atas Sarawak di Padang A, UKM Bangi.

Dalam satu lagi saingan Kumpulan A, Negeri Sembilan berjaya bangkit dari dua kekalahan berturut untuk menumpaskan Pulau Pinang 3-1 di Padang ILKAP.

Bagi Kumpulan B, dua slot separuh akhir menjadi milik MISC-MIFA dan PDRM apabila pencabar terdekat, Pahang tewas 3-0 kepada pasukan naib juara edisi tahun 2004 itu di Padang B, UKM.  

Satu lagi aksi Kumpulan B menyaksikan Perak mengutip kemenangan pertama setelah menewaskan ATM 1-0 di Padang C, UKM. 

KEPUTUSAN HARI INI

KUMPULAN A
 
SARAWAK 0
SABAH 3
Zaryatie Zakaria m-1, m-70,
Yastrika Laura Tumas m-37
 
PULAU PINANG 1
Hana Farhana Sarizat m-31
NEGERI SEMBILAN 3
Noraziera Madzadlan (gol sendiri) m-19,
Nurul Fatin Nazirah Badrulhisham m-43,
Siti Huzaiha Hussin m-52
 
KUMPULAN B
 
PDRM 3
Lovelytha Jelus m-27, M-49,
Norhanisa Yahya m-41
PAHANG 0
 
PERAK 1
Nur Azwa Abd Razak m-60
ATM 0
 

 

KUMPULAN A

P

M

S

K

J

B

MT

1. SABAH

3

3

0

0

26

0

9

2. SELANGOR

3

2

1

0

7

1

7

3. SARAWAK

3

1

1

1

3

4

4

4. NEGERI SEMBILAN

3

1

0

2

3

21

3

5. PULAU PINANG

4

0

0

4

1

16

0

 

KUMPULAN B

P

M

S

K

J

B

MT

1. MISC-MIFA

3

3

0

0

12

0

9

2. PDRM

4

3

0

1

13

1

9

3. PAHANG

3

1

0

1

2

2

3

4. ATM

3

0

0

3

0

7

0

5. PERAK

3

1

0

2

1

15

0

 

JADUAL HARI INI (KHAMIS, 6 OGOS)

KUMPULAN A

4.45 ptg: Selangor lwn Sabah (Padang A, UKM)

4.45 ptg: Negeri Sembilan lwn Sarawak (Padang C, UKM)

 
KUMPULAN B
 
4.45 ptg: MISC-MIFA lwn ATM (Padang B, UKM)
 

4.45 ptg: Pahang lwn Perak (Padang ILKAP)

J Category: 
article/women-s-football