HARI 4: PIALA TUN SHARIFAH RODZIAH 2016

2016-04-11

Juara bertahan, MISC  dan naib juara, Sabah melangkah ke pusingan separuh akhir pada hari keempat saingan Piala Tun Sharifah Rodziah (PTSR) 2016 di Universiti Utara Malaysia (UUM) walaupun masih berbaki satu perlawanan.

Kemenangan besar 9-0 yang dilakar Sabah di Padang 3, dalam saingan Kumpulan A petang tadi menyaksikan skuad kendalian Smith M Ampuling mengumpul 12 mata maksimum di tangga teratas diikuti pasukan Selangor yang tumpas 1-0 kepada pasukan Negeri Sembilan di Padang 2 tatkala Sarawak dan ATM terikat 1-1 di Padang 1.

Sementara itu, di bawah bimbingan Ananthan M Raman, MISC berjaya menempah tiket separuh akhir setelah menumpaskan Kuala Lumpur 4-1 di Padang 3 untuk kekal di kedudukan teratas saingan Kumpulan B dengan 12 mata maksimum.

Skuad Kedah pula naik satu kedudukan ke tangga kedua selepas menundukkan pasukan tangga kelima, Perak 1-0 di Padang 2 manakala Pahang  mencatat kemenangan 4-0 ke atas Pulau Pinang di Padang 1, pagi tadi.

Perlawanan terakhir saingan peringkat kumpulan PTSR 2016 akan berlangsung pada hari esok (12 April).

KEPUTUSAN HARI INI

 

KUMPULAN A

 

SABAH 9

Nurul Azurin Mazlan 10’ 12’ 20’ 62’

Yasrika Laura Tumas 25’

Shereilynn Elly Pilus 28’ 48’

Nur Athirah Farhanah Zairi 55’

Jaciah Jumilis 59’

PERLIS 0

 

SARAWAK 1

Syamimi Ibrahim 51’

ATM 1

Nur Atikah Abdul Wahab 43’

 

SELANGOR 0

NEGERI SEMBILAN 1

Ainsuraya Jamil 30’

 

KUMPULAN B

 

MISC 4

Sihaya Ajad 10’

Haindee Mosroh 17’ 68’

Marlia Basri 61’

KUALA LUMPUR 1

Malini Nordin 32’

 

PULAU PINANG 0

PAHANG 4

Raziah Kahyom (gs) 1’

Puteri Noralisa Wilkinson 5’ 6’

Norsuriani Mazli 43’

 

KEDAH 1

Noor Hartini Jasni 56’

PERAK 0

 

KEDUDUKAN TERKINI

 

KUMPULAN A

 

PASUKAN

P

M

S

K

J

B

MT

SABAH*

4

4

0

0

21

0

12

SELANGOR

4

2

1

1

7

2

7

NEGERI SEMBILAN

4

2

0

2

7

11

6

SARAWAK

4

1

2

1

6

6

5

ATM

4

1

1

2

5

6

4

PERLIS

4

0

0

4

1

22

0

 

KUMPULAN B

 

PASUKAN

P

M

S

K

J

B

MT

MISC*

4

4

0

0

18

1

12

KEDAH

4

3

1

0

8

2

10

KUALA LUMPUR

4

2

1

1

10

5

7

PAHANG

4

2

0

2

7

7

6

PERAK

4

0

0

4

1

10

0

PULAU PINANG

4

0

0

4

0

19

0

 

*Layak ke pusingan separuh akhir

 

JADUAL AKSI KELIMA (SELASA, 12 APRIL 2016)

KUMPULAN A

5.00 petang: Sabah lwn Selangor (Padang 1, UUM)

5.00 petang: Negeri Sembilan lwn Sarawak (Padang 3, UUM)

5.00 petang: ATM lwn Perlis (Padang 2, UUM)

 

KUMPULAN B

8.00 pagi: MISC lwn Kedah (Padang 1, UUM)

8.00 pagi: Perak lwn Pulau Pinang (Padang 3, UUM)

8.00 pagi: Pahang lwn Kuala Lumpur (Padang 2, UUM)