HARI 5: PIALA TUN SHARIFAH RODZIAH 2016

2016-04-12

Pasukan Sarawak dan Kedah berjaya menempah tiket separuh akhir pada aksi terakhir peringkat kumpulan Piala Tun Sharifah Rodziah (PTSR) 2016 di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Di bawah kendalian jurulatih Mohammad Mantali, Sarawak berjaya bangkit dari keputusan seri menentang ATM semalam untuk melakar kemenangan selesa 5-1 ke atas pasukan pencabar, Negeri Sembilan di Padang 3, petang tadi dan sekaligus layak ke peringkat separuh akhir selaku naib juara Kumpulan A dengan 8 mata.

Sementara itu, skuad Sabah bimbingan Smith M Ampuling membelasah Selangor 6-1 di Padang 1, petang tadi untuk kekal unggul dengan rekod kemenangan sempurna selaku juara kumpulan manakala pada satu lagi aksi, ATM menumpaskan pasukan tercorot, Perlis 1-0 di Padang 2.

Bagi saingan Kumpulan B, skuad Kedah kendalian Mohammad Zulkifli Jaafar turut meraih slot separuh akhir setelah berjaya mengikat juara bertahan yang juga peneraju kumpulan, MISC 1-1 pada aksi yang berlangsung di Padang 1, pagi tadi.

Kuala Lumpur pula terpaksa akur apabila kemenangan besar 5-0 yang diraih menentang pasukan Pahang di Padang 2, pagi tadi tidak mencukupi untuk melangkah ke peringkat separuh akhir apabila sekadar menduduki tempat ketiga dengan 10 mata.

Pada satu lagi aksi yang berlangsung pagi tadi, Perak turut meraih kemenangan sulung setelah berjaya menumpaskan Pulau Pinang 3-0 di Padang 3 untuk menduduki tangga kelima dengan tiga mata.

Pusingan separuh akhir PTSR 2016 akan berlangsung pada hari Khamis, 14 April ini.

KEPUTUSAN HARI INI

 

KUMPULAN A

 

SABAH 6

Shereilynn Elly Pilus 30’ 35+3’ 65’

Salisa Thomas 36’

Jaciah Jumilis 39’

Usliza Usman 67’

SELANGOR 1

Zur’ain Kamarudin 14’

 

NEGERI SEMBILAN 1

Nurul Fatiha Jamal 27’

SARAWAK 5

Syamimi Ibrahim 4’

Siti Rohani Saptu 18’ 35+1’

Rabiah Bishriyah Abdul Kadir 37’

Judith Tunsai 59’

 

ATM 1

Fatimah Mohamad 47’

PERLIS 0

 

KUMPULAN B

 

MISC 1

Haindee Mosroh 29’

KEDAH 1

Nor Adilah Idrus 46’

 

PERAK 3

Nur Haniza Saarani 3’ 22’

Fadhatul Najwa Nurfarahain Azmi 17’

PULAU PINANG 0

 

PAHANG 0

KUALA LUMPUR 5

Norhawa Md Yasin 6’ 34’

Farahiyah Muhamad Ridzuan 30’

Malini Nordin 35’

Hanis Farhana Shamsul Azizan 63’

 

KEDUDUKAN TERKINI

 

KUMPULAN A

 

PASUKAN

P

M

S

K

J

B

MT

SABAH*

5

5

0

0

27

1

15

SARAWAK*

5

2

2

1

11

7

8

SELANGOR

5

2

1

2

8

8

7

ATM

5

2

1

2

6

6

7

NEGERI SEMBILAN

5

2

0

3

8

16

6

PERLIS

5

0

0

5

1

23

0

 

KUMPULAN B

 

PASUKAN

P

M

S

K

J

B

MT

MISC*

5

4

1

0

19

2

13

KEDAH*

5

3

2

0

9

3

11

KUALA LUMPUR

5

3

1

1

15

5

10

PAHANG

5

2

0

3

7

12

6

PERAK

5

1

0

4

4

10

3

PULAU PINANG

5

0

0

5

0

22

0

 

*Layak ke pusingan separuh akhir