Harimau A layak ke suku akhir

Skuad bimbingan Ong Kim Swee berjaya mara ke suku akhir Sukan Universiti Dunia 2013 Kazan apabila Itali hanya mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Great Britain.

Ini bermakna skuad Harimau Muda berada di tempat kedua di belakang Great Britain selepas mereka mencatat satu kemenangan dan satu kalah, sambil berbekalkan dua jaringan serta dua bolos.

Berbeza dengan Itali yang hanya menjaringkan satu gol sahaja dan dua bolos. Mereka tewas 0-2 kepada Harimau Muda pada perlawanan pertama.

J Category: 
article/latest-news