Harimau Muda bakal adakan tiga aksi persahabatan

Skuad kebangsaan bawah-23 tahun bakal mengadakan tiga siri perlawanan persahabatan sebagai persediaan untuk menghadapi Kejohanan Sukan SEA 2015 di Singapura yang dijadualkan bermula penghujung Mei 2015.

Pasukan Liga Premier, Sabah akan menguji pasukan muda bimbingan ketua jurulatih, Datuk Ong Kim Swee pada 15 Mei ini. Pihak pengurusan pasukan juga sedang dalam perancangan untuk mengadakan perlawanan persahabatan antarabangsa bagi dua lagi siri persahabatan tersebut.

J Category: 
uncategorised8