Harimau Muda C belasah CFK Nitra 4-0

Skuad Harimau Muda C kendalian jurulatih Hassan Sazali Mohd Waras mencatat kemenangan besar ke atas Cermansky FK Nitra B-19 4-0 pada aksi keempat belas siri perlawanan di Slovakia, malam tadi.

Penyerang, Badrul Amin Rusalan menjaringkan gol keenamnya setakat ini seawal minit ke-5 sebelum pemain tengah licik, Kogileswaran Raj meledak hatrik pada minit ke-45, 76 dan 81 (sepakan penalti) bagi membolehkan pasukan bawah-19 tahun negara meraih kemenangan ketiga belas berturut-turut.

Harimau Muda C yang telah berjaya merekodkan tiga belas kemenangan dan satu kekalahan daripada empat belas aksi perlawanan, bakal menghadapi perlawanan menentang MFK Skalica B19, Selasa ini (4 Ogos).

KOMEN JURULATIH HARIMAU MUDA C, HASSAN SAZALI MOHD WARAS

Alhamdulillah para pemain terus mengekalkan rekod kemenangan yang ke-13 semalam selepas menewaskan CFK Nitra dengan 4 jaringan tanpa balas. Apa yang agak melegakan dalam perlawanan semalam, pasukan lawan gagal menembusi barisan pertahanan kita setelah pada dua perlawanan yang terakhir menentang Ruzomberok B-19 pasukan di tembusi 1 jaringan dan 2 jaringan dibolosi sewaktu bertemu Dunejska Streda B-19, itu yang agak membimbangkan saya walaupun pasukan memperolehi jaringan tetapi pihak lawan dapat menembusi barisan pertahanan kita.

"Saya masih dalam perancangan bagi mengadakan perlawanan tambahan pada 9 Ogos ini untuk bermain di padang tiruan bagi mencari kesesuaian pasukan di Laos kelak dan saya juga telah menguruskan perlawanan menentang MFK Skalica B-19 pada 4 Ogos ini bermain di padang tiruan.

Dari segi barisan serangan saya tak menghadapi masalah setakat ni kerana sesiapa sahaja yang disenaraikan dalam kesebelasan utama di posisi tersebut dapat melaksanakan tanggungjawabnya. Dalam perlawanan semalam saya meletakkan beliau (Kogi) sebagai back-up striker kerana beliau bijak membuat larian-larian dari belakang serta mampu untuk melakukan lorongan atau umpanan kepada penyerang utama.

 

Tarikh

Perlawanan

2 Jun 2015

FC Horna Nitra B19 2-0 Harimau Muda C

9 Jun 2015

Harimau Muda C 3-1 Slovan Levice B19

16 Jun 2015

Spartak Myjava B19 0-3 Harimau Muda C

20 Jun 2015

Harimau Muda C 2-1 FKM Karlova Ves B19

23 Jun 2015

Vion Zlate Moravce B19 0-2 Harimau Muda C

30 Jun 2015

Harimau Muda C 4-0 Jaslovske Bohunice SK BL B19

4 Julai 2015

Inter Dubravka SKP B19 0-2 Harimau Muda C

7 Julai 2015

Harimau Muda C 5-1 FKM Nove Zamky B19

11 Julai 2015

MFK Topvar Topolcany B19 0-1 Harimau Muda C

14 Julai 2015

Harimau Muda C 3-0 MFK Dubnica nad Vahom B19

21 Julai 2015

24 Julai 2015

FK Lokomotiva Trnava 0-2 Harimau Muda C

Harimau Muda C 5-1 MFK Ruzomberuk B19

26 Julai 2015

Dunajska Streda B19 2-3 Harimau Muda C

28 Julai 2015

Harimau Muda C 4-0 Cermansky FK Nitra

 

SENARAI PENJARING GOL HARIMAU MUDA C

Nama

Jumlah Jaringan

Muhammad Jafri Firdaus Chew

10

Kogileswaran Raj

7

Badrul Amin Rusalan

6

Mohamed Syamer Kutty Abba

3

Muhammad Shahrul Akmal Md Adnan

3

Nik Azli Nik Alias

2

Muhammad Danial Ashraf Abdullah

2

Mohd Yusri Mohd Farizat

1

Muhamad Rizalul Azuwan Supandri

1

Thipanraj Subramaniam

1

 

 

J Category: 
uncategorised8