Harimau Muda C belasah Jaslovske Bohunice B19 4-0

Skuad Harimau Muda C kendalian jurulatih Hassan Sazali Mohd Waras terus melebarkan rekod cemerlang apabila berjaya meraih kemenangan kelima berturut-turut selepas mudah membelasah Jaslovske Bohunice SK BL B-19 4-0 pada aksi keenam siri perlawanan di Slovakia, malam tadi.

Kemenangan besar skuad B-19 negara itu turut menampilkan empat penjaring gol; Kogileswaran Raj (minit-28’), Syamer Kutty Abba (minit-45’), Shahrul Akmal Md Adnan (minit-65’) dan Nik Azli Nik Alias (minit-88’).

Berikut video gerakan kombinasi menarik antara pemain pertahanan kiri Ramadhan Jalil dan pemain tengah Kogileswaran Raj disudahkan dengan baik oleh penyerang Syamer Kutty Abba untuk menyumbat gol kedua perlawanan.

Harimau Muda C yang telah berjaya merekodkan lima kemenangan dan satu kekalahan daripada enam aksi perlawanan setakat ini, bakal menentang pasukan Inter Dubravka SKP B-19, Sabtu ini, 4 Julai (4 petang, waktu Malaysia).

KOMEN JURULATIH HARIMAU MUDA C, HASSAN SAZALI MOHD WARAS

“Alhamdulillah, pemain-pemain terus mengekalkan rentak kemenangan disini, kerana  ‘winning mentality’ ini harus ada pada semua pemain-pemain bagi meningkatkan tahap keyakinan diri dalam perlawanan-perlawanan yang akan datang.

“Saya harus lebih teliti sekarang dalam menyenaraikan kesebelasan utama bagi menghadapi perlawanan-perlawanan yang agak padat jadualnya berpandukan pada minit permainan pemain-pemain sepanjang enam perlawanan lepas kerana mengikut jadual, pasukan akan bermain empat perlawanan dalam masa sebelas hari. Saya akan pastikan bahawa setiap pemain mempunyai tempoh recovery dan latihan yang mencukupi sebelum mereka menghadapi perlawanan berikutnya.

“Saya juga mengamalkan taktik hantaran-hantaran pendek pada pemain-pemain, kerana pada saya, kita mempunyai kelebihan dari segi teknik yang baik dan juga kelajuan serta kebolehan bagi mengatasi pihak lawan yang mempunyai fizikal yang besar.”

REKOD PERLAWANAN HARIMAU MUDA C DI SLOVAKIA SETAKAT INI

Tarikh

Perlawanan

2 Jun 2015

FC Horna Nitra B19 2-0 Harimau Muda C

9 Jun 2015

Harimau Muda C 3-1 Slovan Levice B19

16 Jun 2015

Spartak Myjava B19 0-3 Harimau Muda C

20 Jun 2015

Harimau Muda C 2-1 FKM Karlova Ves B19

23 Jun 2015

Vion Zlate Moravce B19 0-2 Harimau Muda C

30 Jun 2015

Harimau Muda C 4-0 Jaslovske Bohunice SK BL B19

 

SENARAI PENJARING GOL HARIMAU MUDA C

Nama

Jumlah Jaringan

Muhammad Jafri Firdaus Chew

4

Mohamed Syamer Kutty Abba

2

Kogileswaran Raj

2

Muhammad Shahrul Akmal Md Adnan

2

Mohd Yusri Mohd Farizat

1

Muhammad Danial Ashraf Abdullah

1

Muhamad Rizalul Azuwan Supandri

1

Nik Azli Nik Alias

1

 

J Category: 
uncategorised8