Harimau Muda C benam Dunajska raih kemenangan ke-12

Skuad Harimau Muda C kendalian jurulatih Hassan Sazali Mohd Waras meneruskan rentak cemerlang apabila menewaskan Dunajska Streda B-19 3-2 pada aksi ketiga belas siri perlawanan di Slovakia, malam tadi.

Penyerang berbisa, Jafri Firdaus Chew muncul sebagai wira hatrik apabila meledak ketiga-tiga gol pada minit ke-11, 17 dan 82 bagi membolehkan pasukan bawah-19 tahun negara merakam kemenangan kedua belas berturut-turut.

Harimau Muda C yang telah berjaya merekodkan dua belas kemenangan dan satu kekalahan daripada tiga belas aksi perlawanan, bakal menghadapi perlawanan terakhir di Slovakia menentang Cermansky FK Nitra, Selasa ini (28 Julai).

KOMEN JURULATIH HARIMAU MUDA C, HASSAN SAZALI MOHD WARAS

“Apa yang telah dilakukan sepanjang mengharungi tiga perlawanan dalam masa lima hari ini sebagai simulasi kepada perlawanan-perlawanan di Kejohanan AFF telah berlangsung dengan jayanya dengan mencatat tiga kemenangan berturut-turut. Dari itu, saya mengharapkan agar para pemain-pemain dapat mengadaptasikan fizikal dan mentaliti mereka bagi menghadapi jadual perlawanan yang ketat di Laos nanti.

“Beliau (Jafri) buat masa sekarang telah menjaringkan 10 gol sepanjang pasukan di sini dan merupakan penjaring terbanyak pasukan buat masa sekarang. Dengan sokongan daripada rakan sepasukan, tugas beliau sebagai penjaring lebih mudah apabila berada di posisi yang perlukan.

Tarikh

Perlawanan

2 Jun 2015

FC Horna Nitra B19 2-0 Harimau Muda C

9 Jun 2015

Harimau Muda C 3-1 Slovan Levice B19

16 Jun 2015

Spartak Myjava B19 0-3 Harimau Muda C

20 Jun 2015

Harimau Muda C 2-1 FKM Karlova Ves B19

23 Jun 2015

Vion Zlate Moravce B19 0-2 Harimau Muda C

30 Jun 2015

Harimau Muda C 4-0 Jaslovske Bohunice SK BL B19

4 Julai 2015

Inter Dubravka SKP B19 0-2 Harimau Muda C

7 Julai 2015

Harimau Muda C 5-1 FKM Nove Zamky B19

11 Julai 2015

MFK Topvar Topolcany B19 0-1 Harimau Muda C

14 Julai 2015

Harimau Muda C 3-0 MFK Dubnica nad Vahom B19

21 Julai 2015

24 Julai 2015

FK Lokomotiva Trnava 0-2 Harimau Muda C

Harimau Muda C 5-1 MFK Ruzomberuk B19

26 Julai 2015

Dunajska Streda B19 2-3 Harimau Muda C

 

SENARAI PENJARING GOL HARIMAU MUDA C

Nama

Jumlah Jaringan

Muhammad Jafri Firdaus Chew

10

Badrul Amin Rusalan

5

Kogileswaran Raj

4

Mohamed Syamer Kutty Abba

3

Muhammad Shahrul Akmal Md Adnan

3

Nik Azli Nik Alias

2

Muhammad Danial Ashraf Abdullah

2

Mohd Yusri Mohd Farizat

1

Muhamad Rizalul Azuwan Supandri

1

Thipanraj Subramaniam

1

 

J Category: 
uncategorised8