Harimau Muda C catat kemenangan ketujuh berturut

Skuad Harimau Muda C kendalian jurulatih Hassan Sazali Mohd Waras mencatat kemenangan besar apabila membelasah FKM Nove Zamky B-19 5-1 pada aksi kelapan siri perlawanan di Slovakia, malam tadi.

Skuad bawah 19 tahun negara selesa mendahului 3-1 pada separuh masa pertama menerusi jaringan Shahrul Akmal Md Adnan pada minit ke-7, Badrul Amin Rusalan pada minit ke-23 dan Kogileswaran Raj pada minit ke-35.

Penyerang Badrul Amin menambah derita pihak lawan di babak kedua pada minit ke-53 sebelum Thipanraj Subramaniam melengkapkan kemenangan ketujuh berturut-turut Harimau Muda C pada minit ke-66.

Pasukan bawah 19 tahun kebangsaan yang telah berjaya merekodkan tujuh kemenangan dan satu kekalahan daripada lapan aksi perlawanan, bakal menentang pasukan MFK Topvar Topolcany B-19, Sabtu ini (11 Julai).

KOMEN JURULATIH HARIMAU MUDA C, HASSAN SAZALI MOHD WARAS

Pada perlawanan semalam, pasukan lawan memberi saingan yang hebat pada pasukan kita terutamanya pada separuh masa pertama sehingga mereka dapat menyamakan kedudukan 1-1. Pasukan terus melakukan asakan dan gerakan-gerakan pantas ke barisan serangan menyebabkan pasukan lawan dalam keadaan tertekan dari asakan tersebut sehingga pasukan mendahului 3-1 di akhir separuh masa pertama.

Dari perlawanan semalam juga saya telah mengenal pasti,pengantian pemain-pemain dalam sesuatu posisi yang mana jika berlaku kecederaan atau penggantungan dalam kejohanan sebenarnya kelak; saya tidak tertumpu kepada Jafri Firdaus Chew sahaja untuk menjaringkan gol untuk pasukan, tetapi ada pemain lain yang mampu mengisi kekosongan tersebut jika beliau tidak diturunkan bermain.

REKOD PERLAWANAN HARIMAU MUDA C DI SLOVAKIA SETAKAT INI

Tarikh

Perlawanan

2 Jun 2015

FC Horna Nitra B19 2-0 Harimau Muda C

9 Jun 2015

Harimau Muda C 3-1 Slovan Levice B19

16 Jun 2015

Spartak Myjava B19 0-3 Harimau Muda C

20 Jun 2015

Harimau Muda C 2-1 FKM Karlova Ves B19

23 Jun 2015

Vion Zlate Moravce B19 0-2 Harimau Muda C

30 Jun 2015

Harimau Muda C 4-0 Jaslovske Bohunice SK BL B19

4 Julai 2015

Inter Dubravka SKP B19 0-2 Harimau Muda C

7 Julai 2015

Harimau Muda C 5-1 FKM Nove Zamky B19

SENARAI PENJARING GOL HARIMAU MUDA C

Nama

Jumlah Jaringan

Muhammad Jafri Firdaus Chew

6

Kogileswaran Raj

3

Muhammad Shahrul Akmal Md Adnan

3

Mohamed Syamer Kutty Abba

2

Badrul Amin Rusalan

2

Mohd Yusri Mohd Farizat

1

Muhammad Danial Ashraf Abdullah

1

Muhamad Rizalul Azuwan Supandri

1

Nik Azli Nik Alias

1

Thipanraj Subramaniam

1

 

J Category: 
uncategorised8