Harimau Muda C menang kali ke-14

Skuad Harimau Muda C kendalian jurulatih Hassan Sazali Mohd Waras terus pamer rentak cemerlang apabila mengetepikan cabaran FK Puchov B-19 3-1 pada aksi kelima belas siri perlawanan di Slovakia, malam tadi.

Penyerang Mohamed Syamer Kutty Abba meledak dua gol pada minit ke-6 dan 49 manakala gol ketiga pula dijaringkan oleh Mohamad Syahmi Safari pada minit ke-69  bagi membolehkan pasukan bawah-19 tahun negara meraih kemenangan keempat belas berturut-turut.

Harimau Muda C yang telah berjaya merakamkan empat belas kemenangan dan satu kekalahan daripada lima belas aksi perlawanan, bakal menghadapi perlawanan menentang MFK Skalica B-19, Selasa ini (4 Ogos).

KOMEN JURULATIH HARIMAU MUDA C, HASSAN SAZALI MOHD WARAS

“Dari perlawanan semalam, saya telah mengenalpasti senarai akhir 23 pemain yang akan dibawa bagi cabaran di Kejohanan AFF 2015 di Laos kelak dan saya akan mengumumkan senarai akhir tersebut selepas saya membuat perbincangan terakhir bersama barisan kejurulatihan saya disini.

“Untuk dua lagi perlawanan terakhir pasukan di pusat latihan ini, saya akan hanya memberi fokus khusus kepada pemain-pemain yang bakal disenaraikan dan mendapatkan pengalaman perlawanan bermain di padang tiruan.

“Esok pasukan akan menentang MFK Skalica B-19 jam 5.00 petang waktu di sini (11.00 malam – waktu Malaysia) dan perlawanan terakhir pasukan pada 11 Ogos menentang FK Inter Bratislava B-19 sebelum pasukan kembali ke tanah air pada 12 Ogos.”

Tarikh

Perlawanan

2 Jun 2015

FC Horna Nitra B19 2-0 Harimau Muda C

9 Jun 2015

Harimau Muda C 3-1 Slovan Levice B19

16 Jun 2015

Spartak Myjava B19 0-3 Harimau Muda C

20 Jun 2015

Harimau Muda C 2-1 FKM Karlova Ves B19

23 Jun 2015

Vion Zlate Moravce B19 0-2 Harimau Muda C

30 Jun 2015

Harimau Muda C 4-0 Jaslovske Bohunice SK BL B19

4 Julai 2015

Inter Dubravka SKP B19 0-2 Harimau Muda C

7 Julai 2015

Harimau Muda C 5-1 FKM Nove Zamky B19

11 Julai 2015

MFK Topvar Topolcany B19 0-1 Harimau Muda C

14 Julai 2015

Harimau Muda C 3-0 MFK Dubnica nad Vahom B19

21 Julai 2015

24 Julai 2015

FK Lokomotiva Trnava 0-2 Harimau Muda C

Harimau Muda C 5-1 MFK Ruzomberuk B19

26 Julai 2015

Dunajska Streda B19 2-3 Harimau Muda C

28 Julai 2015

Harimau Muda C 4-0 Cermansky FK Nitra B19

2 Ogos 2015

FK Puchov B19 1-3 Harimau Muda C

 

SENARAI PENJARING GOL HARIMAU MUDA C

Nama

Jumlah Jaringan

Muhammad Jafri Firdaus Chew

10

Kogileswaran Raj

7

Badrul Amin Rusalan

6

Mohamed Syamer Kutty Abba

5

Muhammad Shahrul Akmal Md Adnan

3

Nik Azli Nik Alias

2

Muhammad Danial Ashraf Abdullah

2

Mohd Yusri Mohd Farizat

1

Muhamad Rizalul Azuwan Supandri

1

Thipanraj Subramaniam

Mohamad Syahmi Safari

1

1

 

 

 

J Category: 
uncategorised8