Skuad Harimau Muda C kendalian jurulatih Hassan Sazali Mohd Waras mencatat kemenangan selesa apabila menewaskan MFK Dubnica nad Vahom B-19 3-0 pada aksi kesepuluh siri perlawanan di Slovakia, malam tadi.
Pasukan bawah 19 tahun negara selesa mendahului 2-0 pada babak pertama melalui gol-gol yang dijaringkan oleh Danial Ashraff Abdullah pada minit ke-12 dan Jafri Firdaus Chew pada minit ke-18.
Syamer Kutty Abba kemudiannya melengkapkan kemenangan kesembilan berturut-turut Harimau Muda C apabila meledak gol ketiga pada minit ke-51.
Pasukan bawah 19 tahun kebangsaan yang telah berjaya merekodkan sembilan kemenangan dan satu kekalahan daripada sepuluh aksi perlawanan, bakal menentang pasukan FK Lokomotiva Trnava B-19, Selasa depan (21 Julai).
KOMEN JURULATIH HARIMAU MUDA C, HASSAN SAZALI MOHD WARAS
“Dalam perlawanan semalam saya telah membariskan pemain-pemain yang dalam rangka perancangan bagi menyenarai pendekkan pasukan untuk Kejohanan AFF di Laos setelah semua pemain yang àda sekarang telah diberi peluang untuk bermain dalam perlawanan-perlawanan yang telah berlangsung setakat ini.
“Sepanjang perlawanan yang telah berlangsung, saya mengkhususkan setìap pemain boleh bermain sekurang-kurangnya bagi dua posisi yang berbeza bagi memudahkan persiapan taktikal pasukan di Kejohanan AFF kelak.
“Beliau (Jafri Firdaus Chew) antara dua pemain yang paling senior dalam pasukan selain daripada Dominic Tan yang telah dua tahun dalam pasukan dan pengalaman beliau bersama pasukan Harimau Muda A pada tahun lepas amat membantu pasukan. Dari segi persembahan, beliau semakin mendapat keyakinan diri dan sentuhan jaringannya semula setelah pulih dari kecederaan lepas.”
REKOD PERLAWANAN HARIMAU MUDA C DI SLOVAKIA SETAKAT INI
Tarikh |
Perlawanan |
2 Jun 2015 |
FC Horna Nitra B19 2-0 Harimau Muda C |
9 Jun 2015 |
Harimau Muda C 3-1 Slovan Levice B19 |
16 Jun 2015 |
Spartak Myjava B19 0-3 Harimau Muda C |
20 Jun 2015 |
Harimau Muda C 2-1 FKM Karlova Ves B19 |
23 Jun 2015 |
Vion Zlate Moravce B19 0-2 Harimau Muda C |
30 Jun 2015 |
Harimau Muda C 4-0 Jaslovske Bohunice SK BL B19 |
4 Julai 2015 |
Inter Dubravka SKP B19 0-2 Harimau Muda C |
7 Julai 2015 |
Harimau Muda C 5-1 FKM Nove Zamky B19 |
11 Julai 2015 |
MFK Topvar Topolcany B19 0-1 Harimau Muda C |
14 Julai 2015 |
Harimau Muda C 3-0 MFK Dubnica nad Vahom B19 |
SENARAI PENJARING GOL HARIMAU MUDA C
Nama |
Jumlah Jaringan |
Muhammad Jafri Firdaus Chew |
7 |
Kogileswaran Raj |
3 |
Muhammad Shahrul Akmal Md Adnan |
3 |
Mohamed Syamer Kutty Abba |
3 |
Badrul Amin Rusalan |
2 |
Nik Azli Nik Alias |
2 |
Muhammad Danial Ashraf Abdullah |
2 |
Mohd Yusri Mohd Farizat |
1 |
Muhamad Rizalul Azuwan Supandri |
1 |
Thipanraj Subramaniam |
1 |