Harimau Muda C terikat seri 2-2 dengan MFK Skalica B19

Aksi keenam belas di Slovakia menyaksikan skuad Harimau Muda C kendalian jurulatih Hassan Sazali Mohd Waras seri 2-2 dengan MFK Skalica B-19.

Perlawanan malam tadi yang telah diadakan di padang tiruan merupakan sebahagian daripada langkah penyesuaian bagi Kejuaraan AFF 2015 yang bakal berlangsung di Laos, pada 22 Ogos hingga 4 September depan. 

Penyerang Muhammad Jafri Firdaus Chew menambah jumlah jaringan peribadinya kepada 11 gol musim ini setelah menjaringkan gol pada minit ke-10 manakala Mohamad Danial Asyraf menyumbat gol kedua pasukan pada minit ke-78. 

Harimau Muda C yang telah berjaya merakamkan empat belas kemenangan, satu seri dan satu kekalahan daripada enam belas aksi perlawanan, dijadualkan untuk menghadapi perlawanan menentang Inter Bratislava B-19, Selasa ini (11 Ogos).

KOMEN JURULATIH HARIMAU MUDA C, HASSAN SAZALI MOHD WARAS

“Bagi saya ianya amat membantu pada pasukan yang dalam persiapan terakhir bagi Kejohanan AFF 2015 yang akan bermula pada 23 Ogos di mana perlawanan pertama pasukan menentang Timor Leste juga akan bermain di padang tiruan.

Pasukan akan menghadapi perlawanan terakhir pada 11 Ogos menentang Inter Bratislava B-19 tetapi saya sedang menguruskan satu lagi perlawanan tambahan di antara tarikh tersebut dan akan bermain di padang tiruan juga bagi kesesuaian pasukan.”

Tarikh

Perlawanan

2 Jun 2015

FC Horna Nitra B19 2-0 Harimau Muda C

9 Jun 2015

Harimau Muda C 3-1 Slovan Levice B19

16 Jun 2015

Spartak Myjava B19 0-3 Harimau Muda C

20 Jun 2015

Harimau Muda C 2-1 FKM Karlova Ves B19

23 Jun 2015

Vion Zlate Moravce B19 0-2 Harimau Muda C

30 Jun 2015

Harimau Muda C 4-0 Jaslovske Bohunice SK BL B19

4 Julai 2015

Inter Dubravka SKP B19 0-2 Harimau Muda C

7 Julai 2015

Harimau Muda C 5-1 FKM Nove Zamky B19

11 Julai 2015

MFK Topvar Topolcany B19 0-1 Harimau Muda C

14 Julai 2015

Harimau Muda C 3-0 MFK Dubnica nad Vahom B19

21 Julai 2015

24 Julai 2015

FK Lokomotiva Trnava 0-2 Harimau Muda C

Harimau Muda C 5-1 MFK Ruzomberuk B19

26 Julai 2015

Dunajska Streda B19 2-3 Harimau Muda C

28 Julai 2015

Harimau Muda C 4-0 Cermansky FK Nitra B19

2 Ogos 2015

5 Ogos 2015

FK Puchov B19 1-3 Harimau Muda C

Harimau Muda C 2-2 MFK Skalica B19

SENARAI PENJARING GOL HARIMAU MUDA C

Nama

Jumlah Jaringan

Muhammad Jafri Firdaus Chew

11

Kogileswaran Raj

7

Badrul Amin Rusalan

6

Mohamed Syamer Kutty Abba

5

Muhammad Shahrul Akmal Md Adnan

3

Muhammad Danial Ashraf Abdullah

3

Nik Azli Nik Alias

2

Mohd Yusri Mohd Farizat

1

Muhamad Rizalul Azuwan Supandri

1

Thipanraj Subramaniam

Mohamad Syahmi Safari

1

1

 

 

 

J Category: 
uncategorised8