Harimau Muda C terus cemerlang di Slovakia

Skuad Harimau Muda C kendalian jurulatih Hassan Sazali Mohd Waras meumpaskan FK Lokomotiva Trnava B-19 2-0 pada aksi kesebelas siri perlawanan di Slovakia, malam tadi.

Gol-gol yang dijaringkan oleh penyerang, Badrul Amin Rusalan pada minit ke-38 dan pemain tengah, Kogileswaran Raj pada minit ke-84 membolehkan pasukan bawah-19 tahun negara meraih kemenangan kesepuluh berturut-turut.

Harimau Muda C yang telah berjaya merekodkan sepuluh kemenangan dan satu kekalahan daripada sebelas aksi perlawanan, dijadualkan untuk menghadapi perlawanan tambahan menentang skuad bawah-19 tahun pasukan Divisyen 1 Slovakia, MFK Ruzomberuk, Khamis ini (23 Julai).

KOMEN JURULATIH HARIMAU MUDA C, HASSAN SAZALI MOHD WARAS

“Alhamdulillah kerana pasukan masih mengekalkan rekod bersih kepada 10 perlawanan tanpa tewas. Dari perlawanan semalam, saya mulai membariskan pemain-pemain yang dalam rangka kesebelasan utama dan menjadikan pra-perlawanan AFF yang akan berlangsung di Laos kelak. Mengikut jadual asal, perlawanan berikutnya adalah pada 25 Julai tetapi saya mengaturkan satu lagi perlawanan esok (23 Julai) bagi menjadikan lebih sama dengan apa yang akan kita hadapi jadual perlawanan di Laos.

“Berkaitan dengan perlawanan semalam, pasukan kita agak leka di awal permainan dengan pasukan lawan dapat menguasai permainan dan memberi tekanan terhadap barisan pertahanan kita sehinggalah berjaya menjaringkan gol pada minit ke-38 oleh Badrul Amin keadaan berubah di mana permainan dikuasai sepenuhnya  pasukan kita.

“Pada separuh masa kedua, saya telah melakukan pertukaran pemain dengan meletakkan dua pemain 'holding’ di bahagian tengah yang telah membuatkan pasukan lawan tidak dapat menembusi barisan tengah dan bermain secara hantaran-hantaran jauh sahaja. Pasukan kemudiannya menambah jaringan melalui Kogileswaran Raj pada minit ke-83 sehingga perlawanan tamat.

“Pada saya, beliau (Kogileswaran) mempunyai kebolehan tersendiri dari segi teknik yang bagus serta bijak mencari ruang dari belakang.”

REKOD PERLAWANAN HARIMAU MUDA C DI SLOVAKIA SETAKAT INI

Tarikh

Perlawanan

2 Jun 2015

FC Horna Nitra B19 2-0 Harimau Muda C

9 Jun 2015

Harimau Muda C 3-1 Slovan Levice B19

16 Jun 2015

Spartak Myjava B19 0-3 Harimau Muda C

20 Jun 2015

Harimau Muda C 2-1 FKM Karlova Ves B19

23 Jun 2015

Vion Zlate Moravce B19 0-2 Harimau Muda C

30 Jun 2015

Harimau Muda C 4-0 Jaslovske Bohunice SK BL B19

4 Julai 2015

Inter Dubravka SKP B19 0-2 Harimau Muda C

7 Julai 2015

Harimau Muda C 5-1 FKM Nove Zamky B19

11 Julai 2015

MFK Topvar Topolcany B19 0-1 Harimau Muda C

14 Julai 2015

Harimau Muda C 3-0 MFK Dubnica nad Vahom B19

21 Julai 2015

FK Lokomotiva Trnava 0-2 Harimau Muda C

 

SENARAI PENJARING GOL HARIMAU MUDA C

Nama

Jumlah Jaringan

Muhammad Jafri Firdaus Chew

7

Kogileswaran Raj

4

Muhammad Shahrul Akmal Md Adnan

3

Mohamed Syamer Kutty Abba

3

Badrul Amin Rusalan

3

Nik Azli Nik Alias

2

Muhammad Danial Ashraf Abdullah

2

Mohd Yusri Mohd Farizat

1

Muhamad Rizalul Azuwan Supandri

1

Thipanraj Subramaniam

1

 

J Category: 
uncategorised8