Harimau Muda C tewaskan Inter Bratislava B19 2-1

Skuad Harimau Muda C kendalian jurulatih Hassan Sazali Mohd Waras melakar kemenangan ke-15 menundukkan Inter Bratislava B-19 2-1 pada aksi ketujuh belas siri perlawanan di Slovakia, pada hari Selasa (11 Ogos 2015).

Penyerang licik, Mohamed Syamer Kutty Abba muncul wira apabila meledak dua gol pada minit ke-56 dan ke-61 untuk membawa jumlah gol keseluruhannya musim ini kepada 7 gol di belakang penjaring terbanyak pasukan, Muhammad Jafri Firdaus Chew dengan 11 gol.

Sepanjang tempoh tiga bulan di Slovakia, Harimau Muda C berjaya merekodkan lima belas kemenangan, satu seri dan satu kekalahan daripada tujuh belas aksi perlawanan sebagai persiapan bagi menghadapi Kejohanan Piala AFF B-19 pada akhir bulan Ogos dan juga kelayakan AFC B-19 pada bulan Oktober ini.

Skuad B-19 negara dijadualkan akan tiba di tanah air pada hari Khamis (13 Ogos 2015).

REKOD PERLAWANAN HARIMAU MUDA C DI SLOVAKIA

Tarikh

Perlawanan

2 Jun 2015

FC Horna Nitra B19 2-0 Harimau Muda C

9 Jun 2015

Harimau Muda C 3-1 Slovan Levice B19

16 Jun 2015

Spartak Myjava B19 0-3 Harimau Muda C

20 Jun 2015

Harimau Muda C 2-1 FKM Karlova Ves B19

23 Jun 2015

Vion Zlate Moravce B19 0-2 Harimau Muda C

30 Jun 2015

Harimau Muda C 4-0 Jaslovske Bohunice SK BL B19

4 Julai 2015

Inter Dubravka SKP B19 0-2 Harimau Muda C

7 Julai 2015

Harimau Muda C 5-1 FKM Nove Zamky B19

11 Julai 2015

MFK Topvar Topolcany B19 0-1 Harimau Muda C

14 Julai 2015

Harimau Muda C 3-0 MFK Dubnica nad Vahom B19

21 Julai 2015

24 Julai 2015

FK Lokomotiva Trnava 0-2 Harimau Muda C

Harimau Muda C 5-1 MFK Ruzomberuk B19

26 Julai 2015

Dunajska Streda B19 2-3 Harimau Muda C

28 Julai 2015

Harimau Muda C 4-0 Cermansky FK Nitra B19

2 Ogos 2015

5 Ogos 2015

FK Puchov B19 1-3 Harimau Muda C

Harimau Muda C 2-2 MFK Skalica B19

11 Ogos 2015

 Inter Bratislava B19 1-2 Harimau Muda C

SENARAI PENJARING GOL HARIMAU MUDA C

Nama

Jumlah Jaringan

Muhammad Jafri Firdaus Chew

11

Mohamed Syamer Kutty Abba

7

Kogileswaran Raj

7

Badrul Amin Rusalan

6

Muhammad Shahrul Akmal Md Adnan

3

Muhammad Danial Ashraf Abdullah

3

Nik Azli Nik Alias

2

Mohd Yusri Mohd Farizat

1

Muhamad Rizalul Azuwan Supandri

1

Thipanraj Subramaniam

Mohamad Syahmi Safari

1

1

 

J Category: 
uncategorised8