Setelah berguru lebih kurang 50 hari di Zlate Moravce, Slovakia, akhirnya pasukan Harimau Muda mencapai kemenangan pertama menentang pasukan yang berada ditangga ke-3 liga 1 Solvakia, Lucenec malam tadi.
Harimau Muda kehilangan 10 pemain apabila 9 pemain utama dipanggil untuk latihan bersama pasukan kebangsaan manakala Mohd Affize Faisal B Mamat kembali menziarahi pusara bapanya yang baru meninggal, Harimau Muda terpaksa juga menurunkan pemain yang belum pulih sepenuhnya dari kecederaan Wan Zack Haikal dan Abdul Shukur B Jusoh.
Namun kekurangan tersebut dilihat sebagai satu peluang oleh jurulatih Ong Kim Swee untuk membakar semangat para pemainnya. Hasilnya para pemain menterjemahkan dengan satu corak permainan yang bersemangat tinggi. Pemain-pemain kerdil dari penjuru tanah asia ini mampu bersaing dan menewaskan pencabar eropah di bumi mereka sendiri.