Hassan Sazali puas hati dengan aksi anak buah

Ketua jurulatih Harimau Muda C, Hassan Sazali menyatakan perasaan puas hati dengan persembahan anak buahnya dalam dua aksi persahabatan menentang pasukan Pakistan dan juga Fiji bawah 20 tahun.

“Saya puas hati kerana kita bersama dalam masa kurang dari tiga bulan, saya sudah nampak keserasian yang kita mahu terapkan,” ujar Hassan.

Skuad muda kita berjaya memberi persaingan sengit di dalam kedua-dua perlawanan tersebut dengan mencatat kekalahan 3-1 kepada Pakistan sebelum bangkit untuk seri dengan pasukan Fiji.

“Bukan keputusan yang saya kejarkan dari aksi persahabatan ni kerana kita sudah berjaya memberi saingan kepada pasukan (Fiji) yang sudah berjaya layak ke Piala Dunia bawah 20 tahun,” tambahnya lagi.

Hassan juga berkongsi kesediaan beliau untuk melepaskan pemain-pemainnya jika terpilih untuk menyertai pasukan yang lebih senior kebangsaan.

“Saya rela untuk lepaskan pemain-pemain pasukan saya ini untuk pasukan kebangsaan yang lebih senior,” katanya.

J Category: 
uncategorised8