Jaminan FAM

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan memastikan tarikh perlawanan antarabangsa yang diberikan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) akan digunakan skuad negara untuk mengadakan perlawanan berstatus A dan mengingatkan sebarang keputusan yang dicatatkan mustahak.

Itu komitmen Setiausaha Agung FAM Dato’ Hamidin Haji Mohd Amin mengenai hala tuju skuad negara yang sering kali dilihat mengadakan pertemuan menentang kelab berbanding pasukan kebangsaan sehingga mencetuskan rasa kurang senang di kalangan peminat tempatan.

J Category: 
article/latest-news