JDT rampas tangga teratas Liga Super daripada Pahang

Juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT) merampas tangga teratas Liga Super selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas pasukan kedua tercorot, ATM di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam tadi.
 
 Kejayaan itu dibantu kegagalan pendahulu sebelum ini, Pahang mengutip mata apabila tewas 4-2 kepada Lions XII di Stadium Jalan Besar, Singapura.
 
 Selepas 18 perlawanan, JDT kini mengumpul 40 mata diikuti Pahang di tangga kedua dengan 39 mata.
 
 Selangor, Felda United FC, Terengganu dan Lions XII pula berkongsi 29 mata untuk kedudukan tangga ketiga hingga keenam.
 
 Perak turun lima anak tangga dari kedudukan ketiga liga ke kedudukan kelapan selepas tewas 2-0 kepada Felda United FC di Stadium Perak, Ipoh.
 
 Kesempatan itu digunakan sepenuhnya Selangor untuk merampas tangga ketiga selepas berjaya menewaskan pasukan tercorot, Sime Darby FC 3-1 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.
 
 Terengganu meneruskan rentak kemenangan apabila berjaya menewaskan Kelantan 2-1 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu sementara PDRM mencuri tiga mata penuh dari gelanggang lawan selepas menewaskan Sarawak 3-2 di Stadium Negeri, Kuching.
 
 Perlawanan ke-19 akan berlangsung pada Rabu ini.
 
 
KEPUTUSAN MALAM TADI:
 
ATM 0
JOHOR DARUL TA'ZIM 1
Safee Sali m-71
 
LIONS XII 4
Faris Ramli m-17 & m-60,
Madhu Mohana m-30,
Safuwan Baharudin m-85
PAHANG 2
Matias Conti m-43,
R Surendran m-90+2
 
SIME DARBY FC 1
Reinaldo Da Costa m-31
SELANGOR 3
Rizal Fahmi Rosid m-18,
Guilherme De Paula m-26,
Abdul Hadi Yahaya m-81
 
PERAK 0
FELDA UNITED FC 2
Shukor Adan m-61,
Raffi Nagorgani (gs) m-69
 
KELANTAN 1
Ahmad Fakri Saarani m-1
TERENGGANU 2
Vincent Bikana m-25,
Ashari Samsudin m-74
 
SARAWAK 2
Joseph Kallang Tie m-50,
Ryan Griffiths m-78
PDRM 3
Ahmad Ezrie Shafizie Sazali m-20,
Dramane Traore m-86,
Afif Amiruddin m-89
 
 
 
J Category: 
uncategorised6