Kedah berkelebihan empat mata terajui Liga Premier

Kedah semakin selesa di tangga teratas Liga Premier 2015 selepas berjaya mencatat tiga mata penuh menewaskan Johor Darul Ta'zim II (JDT II) 3-2 pada perlawanan ke-19 di Stadium Darul Aman, Alor Setar, malam tadi.
 
 Pencabar terdekat di tangga kedua, T-Team sekadar meraih satu mata selepas seri 1-1 dengan DRB HICOM FC di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.
 
 Begitu juga PKNS FC yang turut tercicir mata apabila seri 1-1 dengan Sabah di Stadium Hang Jebat, Melaka.
 
 Kedudukan tangga ketiga yang diisi PKNS FC sebelum ini berjaya dirampas Pulau Pinang yang meraih kemenangan tipis menewaskan Negeri Sembilan 1-0 di Stadium Bandaraya.
 
 Berbaki tiga lagi perlawanan, Kedah mendahului carta dengan 42 mata diikuti T-Team (38), Pulau Pinang (36) dan PKNS FC (34 mata) untuk empat kedudukan teratas Liga Premier.
 
 Sementara itu, pasukan kedua tercorot, Kuantan FA gagal meneruskan rentak dua kemenangan sebelum ini apabila tewas 2-0 kepada UiTM FC di Stadium Darul Makmur.
 
 Kuala Lumpur pula berjaya meraih tiga mata penting menewaskan pasukan tercorot, KL SPA Putrajaya FC 2-0 di Stadium Merdeka untuk menjarakkan mata daripada zon penyingkiran.
 
 Perlawanan ke-20 akan berlangsung Jumaat ini (14 Ogos).
 
 
KEPUTUSAN SEMALAM:
 
KEDAH 3
Chidi Edeh m-2, m-28 & m-59
JOHOR DARUL TA'ZIM II 2
Zaquan Adha Radzak m-30 & m-66
 
T-TEAM 1
Tomislav Busic m-70
DRB HICOM FC 1
Mohd Fakrul Aiman Sidid m-63
 
PKNS FC 1
Gabriel Guerra m-90+1
SABAH 1
El Hadji Diouf m-73
 
PULAU PINANG 1
Faiz Subri m-5
NEGERI SEMBILAN 0
 
KUANTAN FA 0
UiTM FC 2
Dao Bakary m-5,
Muhd Nursalam Zainal Abidin m-8
 
KUALA LUMPUR 2
Pritam Singh m-51,
Lukhman Noor Hakim Jaafar m-90+1
KL SPA PUTRAJAYA FC 0
 
J Category: 
uncategorised6