Kedah kekal teratas Liga Premier biarpun seri

Kedah terus kekal di tangga teratas Liga Premier 2015 meskipun sekadar meraih satu mata apabila diikat PKNS FC 1-1 di Stadium Darul Aman, Alor Setar, malam tadi.
 
 Ia berikutan pencabar terdekat di tangga kedua, T-Team mengalami kekalahan 4-1 kepada Johor Darul Ta'zim II (JDT II) di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang.
 
 Pasukan tangga ketiga, Pulau Pinang turut tercicir mata apabila tewas 2-0 kepada Kuala Lumpur di Stadium Merdeka pada aksi yang berlangsung petang semalam.
 
 Satu lagi aksi sebelah petang yang menghadirkan kejutan ialah pasukan tercorot, KL SPA Putrajaya FC berjaya meraih kemenangan sulung musim ini dengan menewaskan Sabah 3-0 di Stadium MBPJ, Kelana Jaya.
 
 Baki dua lagi perlawanan menyaksikan Negeri Sembilan berjaya menewaskan Kuantan FA 2-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi manakala DRB Hicom dan UiTM FC seri 1-1 di Stadium Proton, Tanjung Malim.
 
Kedudukan lima teratas selepas 16 perlawanan menyaksikan Kedah mengumpul 35 mata diikuti T-Team (33), Pulau Pinang (29), PKNS FC (27) dan JDT II (27).
 
 Perlawanan ke-17 akan berlangsung pada Selasa ini (4 Ogos).
 
 
KEPUTUSAN SEMALAM:
 
KEDAH 1
Liridon Krasniqi m-45+1
PKNS FC 1
Pedro Henrique m-21
 
JOHOR DARUL TA'ZIM II 4
Shafiq Shaharudin m-14,
Shahril Ishak m-44,
Baihakki Kaizan m-48,
Akmal Ishak m-62
T-TEAM 1
Tomislav Busic m-22 (p)
 
KUALA LUMPUR 2
Lee Jin-Seuk m-61,
Pritam Singh m-87
PULAU PINANG 0
 
KL SPA PUTRAJAYA FC 3
Rod Dyachenko m-65,
Noor Azizi Azman m-77,
Khairol Azry Abdul Rahman m-82
SABAH 0
 
NEGERI SEMBILAN 2
Francis Forkey Doe m-49 & m-66 (p)
KUANTAN FA 0
 
DRB HICOM FC 1
Ivan Babic m-55
UITM FC 1
Dao Bakary m-4
 
J Category: 
uncategorised6