Kedah, T-Team masih dua teratas Liga Premier

Dua pasukan teratas Liga Premier, Kedah dan T-Team mengekalkan kedudukan mereka biarpun masing-masing sekadar meraih satu mata pada perlawanan ke-17, malam tadi.
 
 Kedah diikat 0-0 oleh Pulau Pinang di Stadium Darul Aman, Alor Setar manakala T-Team turut terikat 1-1 dengan Negeri Sembilan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.
 
 PKNS FC berjaya melonjak satu anak tangga ke kedudukan ketiga liga selepas menewaskan Johor Darul Ta'zim II (JDT II) 2-0 di Stadium Hang Jebat, Melaka.
 
 Sabah terus merosot prestasinya apabila tewas 3-1 kepada pasukan kedua tercorot, Kuantan FA di Stadium Darul Makmur, Kuantan.
 
 UiTM FC pula mengukuhkan kedudukan di tangga kelapan liga selepas menewaskan Kuala Lumpur 2-1 di Stadium UiTM, Shah Alam manakala pasukan tercorot, KL SPA Putrajaya FC mengikat DRB HICOM FC 0-0 di Stadium Proton, Tanjung Malim pada dua aksi yang berlangsung petang semalam.
 
 Berbaki lima perlawanan, Kedah kekal di tangga teratas dengan 36 mata diikuti T-Team (34), PKNS FC (30), Pulau Pinang (30) dan JDT II (27) untuk lima kedudukan teratas dalam pemburuan dua slot ke Liga Super 2016.
 
 Perlawanan ke-18 akan berlangsung Jumaat ini.
 
 
 
KEPUTUSAN SEMALAM:
 
KEDAH 0
PULAU PINANG 0
 
T-TEAM 1
Zulhanizam Shafine m-63
NEGERI SEMBILAN 1
Francis Forkey Doe m-56
 
PKNS FC 2
Patrick Ronaldinho Wleh m-11,
Pedro Hendrique m-44
JOHOR DARUL TA'ZIM II 0
 
KUANTAN FA 3
Fabrice Noel m-35,
Milan Purovic m-73,
Tarik El Janaby m-75
SABAH 1
Eamon Zayed m-81
 
UiTM FC 2
Raslam Khan m-54,
Abdi Kasim Sadallah m-70
KUALA LUMPUR 1
Lee Jin Seuk m-52
 
DRB HICOM FC 0
KL SPA PUTRAJAYA 0
 
J Category: 
uncategorised6