Kejohanan Kelab FAM-FAS

Mulai tahun ini, juara Piala FA bukan sahaja merasai ganjaran beraksi di Piala AFC, namun bakal diberikan ruang oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk berdepan juara dari Liga Singapura dalam pertandingan yang dipanggil kejohanan Kelab FAM-FAS.

Pemangku Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT), Datuk Afandi Hamzah berkata, pertandingan ini adalah antara persefahaman yang telah dicapai dengan Persatuan Bolasepak Singapura (FAS) dalam usaha peningkatan mutu bola sepak bagi kedua-dua negara bagi tempoh empat tahun akan datang.

J Category: 
article/latest-news