Kejohanan Serantau Wanita AFC B14: Malaysia B14 2-2 Filipina B14

Skuad wanita B-14 tahun kendalian jurulatih Zhang Hong mencatat sejarah apabila layak ke pusingan separuh akhir Kejohanan Serantau Wanita AFC B-14 atas perbezaan gol setelah seri dengan finalis tahun lepas, Filipina B14 2-2 pada aksi ketiga di Hanoi, semalam.

Gol-gol pasukan negara telah dijaringkan oleh pemain-pemain tengah, Anis Aishah Asiati Raili dan Nor Athirah Mamat. Malaysia dijadualkan untuk menentang juara bertahan, Thailand B14 pada hari Sabtu, pukul 3 petang (waktu Malaysia).

Tarikh

Perlawanan

23 Jun 2015

Singapura B14 1-3 Malaysia B14

24 Jun 2015

Malaysia B14 3-5 Vietnam B14

25 Jun 2015

Malaysia B14 2-2 Filipina B14

 

Pasukan

P

M

S

K

J

B

PG

MT

Vietnam B14

3

3

0

0

14

4

10

9

Malaysia B14

3

1

1

1

8

8

0

4

Filipina B14

3

1

1

1

5

6

-1

4

Singapura B14

3

0

0

3

3

12

-9

0

 

J Category: 
article/women-s-football