Kejuaraan B-19 AFF 2015: Vietnam 0-0 Malaysia

Malaysia kekal mendahului saingan Kumpulan B, Kejuaraan B-19 AFF 2015 di Vientiane, Laos selepas seri 0-0 dengan Vietnam pada perlawanan ketiga di Stadium Nasional Laos, sebentar tadi.

Terdahulu pada dua perlawanan sebelum ini, skuad B-19 negara kendalian ketua jurulatih Hassan Sazali Mohd Waras menewaskan Timor Leste 2-1 dan membelasah Singapura 4-0.

Pada satu lagi perlawanan Kumpulan B, Timor Leste dan Myanmar juga terikat seri 1-1.

Perlawanan terakhir peringkat kumpulan bakal menyaksikan skuad B-19 kebangsaan menentang Myanmar, Sabtu ini (29 Ogos 2015) pada pukul 8 malam (Waktu Malaysia).

KOMEN JURULATIH MALAYSIA B-19, HASSAN SAZALI MOHD WARAS

“Saya berpuas hati dengan persembahan kesemua pemain pada perlawanan ini kerana mereka telah mempamerkan karakter masing-masing dalam padang dengan disiplin yang tinggi terutamanya di barisan pertahanan yang diketuai oleh Dominic Tan.

“Keseluruhannya semua pemain telah mengikut arahan seperti yang telah dirancangkan. Satu mata amat memadai bagi kedua-dua pasukan pada malam ini bagi mendapat kedudukan selesa. Untuk layak ke peringkat separuh akhir, kita harus mendapat mata penuh sewaktu menentang Myanmar pada Sabtu ini (29 Ogos 2015).

“Bagi kecederaan Jafri Firdaus Chew, saya masih belum mendapat laporan dari fisio pasukan dan saya akan mendapatkannya secepat yang mungkin dan berharap ianya tidak terlalu serius.”

KEPUTUSAN HARI INI

KUMPULAN B
 
TIMOR LESTE 1
MYANMAR 1
 
VIETNAM 0
MALAYSIA 0
 

 

P

M

S

K

J

B

MT

1.    MALAYSIA

3

2

1

0

6

1

7

2.    VIETNAM

2

1

1

0

2

0

4

3.    MYANMAR

2

1

1

0

2

1

4

4.    TIMOR LESTE

3

0

1

2

2

5

1

5.    SINGAPURA

2

0

0

3

0

5

0

SENARAI PENJARING GOL MALAYSIA B-19

 

Nama

Jumlah Jaringan

Muhammad Jafri Firdaus Chew

3

Muhammad Nazirul Afif Ibrahim

1

Muhammad Danial Ashraf Abdullah

1

Muhammad Shahrul Akmal Md Adnan

1

 

J Category: 
uncategorised8