Kelantan Juara Piala Sultan Ahmad Shah

Juara Piala Malaysia, Kelantan membuka tirai musim  bolasepak 2011 dengan menjulang Piala Sultan Ahmad Shah buat pertama kali selepas menewaskan Selangor 2-0 dalam Perlawanan Sumbangsih di Stadium Shah Alam, Sabtu.

Kemenangan ini bersejarah ini  membayangkan bahawa pasukan bergelar Red Warriors bakal menjadi kuasa baru dalam Liga Malaysia kali ini. Musim lalu, Kelantan mencipta sejarah dengan memenangi Piala Malaysia buat pertama kali.

Ini merupakan hadiah buat jurulatih baru, Datuk M. Karathu yang baru beberapa hari melatih skuad Kelantan, menggantikan B. Sathianathan digantung enam bulan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

J Category: 
uncategorised6