Kemenangan kelapan berturut buat Harimau Muda C

Skuad Harimau Muda C kendalian jurulatih Hassan Sazali Mohd Waras menumpaskan MFK Topvar Topolcany B-19 1-0 pada aksi kesembilan siri perlawanan di Slovakia, malam tadi.

Pemain sayap, Nik Azli Nik Alias muncul wira dengan gol tunggal perlawanan yang membolehkan pasukan bawah 19 tahun negara meraih kemenangan kelapan berturut-turut. Kemenangan itu juga merupakan yang kelima tanpa bolos bagi Harimau Muda C setelah mengharungi sembilan perlawanan setakat ini.

Skuad bawah 19 tahun kebangsaan yang telah berjaya merekodkan lapan kemenangan dan satu kekalahan daripada sembilan aksi perlawanan, bakal menentang MFK Dubnica nad Vahom B19, Selasa ini (14 Julai).

KOMEN JURULATIH HARIMAU MUDA C, HASSAN SAZALI MOHD WARAS

Dari segi taktikal, MFK Topolcany B19 semalam bermain secara 'compact defending' dalam kawasan pertahanan mereka sendiri apabila kehilangan bola. Tahniah kepada pemain-pemain saya yang menggunakan kreativiti mereka sendiri bagi melepasi situasi sebegini apabila bertemu pasukan-pasukan yang bersaing dalam kejohanan AFF atau Kelayakan AFC kelak.

Dalam sembilan perlawanan yang telah dilalui setakat ini, pasukan telah menjaringkan 21 gol dan bolos 5 gol. Dari segi barisan serangan saya tidak menghadapi masalah yang terlalu besar kerana saya mempunyai pilihan pemain yang berupaya melakukan jaringan. Walaubagaimanapun dalam masa yang sama, saya masih perlu mempertajamkan barisan serangan dan memperkukuhkan lagi barisan pertahanan dalam menghadapi tujuh lagi baki perlawanan di sini.

REKOD PERLAWANAN HARIMAU MUDA C DI SLOVAKIA SETAKAT INI

Tarikh

Perlawanan

2 Jun 2015

FC Horna Nitra B19 2-0 Harimau Muda C

9 Jun 2015

Harimau Muda C 3-1 Slovan Levice B19

16 Jun 2015

Spartak Myjava B19 0-3 Harimau Muda C

20 Jun 2015

Harimau Muda C 2-1 FKM Karlova Ves B19

23 Jun 2015

Vion Zlate Moravce B19 0-2 Harimau Muda C

30 Jun 2015

Harimau Muda C 4-0 Jaslovske Bohunice SK BL B19

4 Julai 2015

Inter Dubravka SKP B19 0-2 Harimau Muda C

7 Julai 2015

Harimau Muda C 5-1 FKM Nove Zamky B19

11 Julai 2015

MFK Topvar Topolcany B19 0-1 Harimau Muda C

 

SENARAI PENJARING GOL HARIMAU MUDA C

Nama

Jumlah Jaringan

Muhammad Jafri Firdaus Chew

6

Kogileswaran Raj

3

Muhammad Shahrul Akmal Md Adnan

3

Mohamed Syamer Kutty Abba

2

Badrul Amin Rusalan

2

Nik Azli Nik Alias

2

Mohd Yusri Mohd Farizat

1

Muhammad Danial Ashraf Abdullah

1

Muhamad Rizalul Azuwan Supandri

1

Thipanraj Subramaniam

1

 

 

J Category: 
uncategorised8