Kenyataan Media - 8 Mei 2015

Kenyataan Media - 8 Mei 2015
Perlawanan Pilihan Malaysia bertemu Tottenham Hotspur FC
Perlawanan Pilihan Malaysia bertemu Tottenham Hotspur FC pada 27 Mei 2015 dilihat sebagai perlawanan pendedahan kepada pasukan kebangsaan (sebelum Pasukan Kebangsaan menghadapi dua perlawanan penting; iaitu kelayakan Piala Asia 2019 dan kelayakan Piala Dunia 2018 yang akan berlangsung pada 11hb Jun 2015 menentang Timor Leste dan 16hb Jun 2015 menentang Palestin di Stadium Bukit Jalil, dimana fokus utama adalah  untuk mendapatkan 6 mata maksimum).

Pilihan Malaysia bertemu Tottenham Hotspur FC bersama dengan perlawanan persahabatan status ‘A’ menentang Hong Kong pada 6 Jun 2015 merupakan peluang untuk pemain-pemain Malaysia bermain dengan pasukan berkualiti dari pelbagai aspek – termasuklah aspek taktikal dan fizikal.

Walaupun perlawanan pendedahan ini tiada faedah ranking, namun begitu ianya memberi kesan yang besar bagi Ketua Jurulatih Kebangsaan  untuk melihat kemampuan pemain-pemain lain yang bakal menghadapi perlawanan- perlawanan yang lebih penting.  Jika dibandingkan dengan perlawanan persahabatan, perlawanan pendedahan ini  tidak mempunyai had pertukaran yang ditetapkan(perlawanan status 'A'  hanya membenarkan pertukaran maksima 6 orang pemain sahaja).

FAM juga tidak mahu perlawanan ini terus dilabel sebagai perlawanan sarkis  seperti yang dikatakan oleh segelintir penyokong  tempatan; dimana Pilihan Malaysia dianggap hanya boleh diwakili oleh pasukan Kebangsaan Malaysia, sebaliknya ia kini akan dibarisi campuran pemain tempatan terbaik dan lima pemain asing Liga Malaysia. Dalam masa yang sama, penyertaan lima pemain ini mampu meningkatkan kualiti permainan dan turut mampu membimbing serta mengimbangi kekuatan pasukan.

Melalui perlawanan ini, Ketua Jurulatih Kebangsaan mampu menyenaraikan barisan terkuat bagi menghadapi Pasukan Kebangsaan Hong Kong, di mana perlawanan ini telah  diklasifikasikan sebagai perlawanan status ‘A’ dan akan memberi kesan kepada ranking pasukan kebangsaan.

Perubahan jadual Liga
Hanya dua perlawanan sahaja dipinda bagi memenuhiPerlawanan Pilihan Malaysia bertemu Tottenham Hotspur FC iaitu perlawanan yang telah dijadualkan pada 29 dan 30 Mei dan 1 serta 2 Jun 2015.

Tahun ini merupakan tahun peralihan , kerana beberapa isu – termasuklah isu penswastaan liga, penajaan dan penyiaran Liga Malaysia serta bencana banjir di pantai timur telahpun memberi kesan yang besar kepada permulaan Liga Malaysia yang sepatutnya bermula pada minggu pertama bulan Januari  2015 dan telah ditangguhkan kepada minggu kedua bulan Febuari 2015. Oleh demikian, Jawatankuasa Pertandingan Tempatan pada awal musim telah menjadualkan Liga Super dan Premier bermain pada bulan Ramadan tahun ini.

Liga Malaysia 2015 telah bermula dengan satu Perlawanan sahaja iaitu Perlawanan Piala Sumbangsih pada 31hb Januari 2015 yang telah menemukan pasukan JDT dan Pahang. Seterusnya Liga Super/ Premier bermula pada 6 dan 7 Februari 2015.

Keputusan ini dibuat setelah mengambilkira wakil tunggal Negara pasukan JDT untuk buat pertama kalinya akan mewakili Negara di dalam Pertandingan AFC Champions League 2015. Pasukan JDT perlu melalui 3 perlawanan Kelayakan bermula pada 4, 10 dan 17 Februari 2015. Namun begitu JDT gagal melayakkan diri ke AFC Champions League 2015 dan kekal bermain pada pertandingan AFC CUP yang turut diwakili Pasukan Pahang.

Liga Super dan Premier akan berehat selama satu bulan sahaja adalah kerana memberi laluan serta tumpuan utama kepada Perlawanan Separuh Akhir dan Akhir Piala FA, persiapan Pasukan Kebangsaan dan perlawanan kelayakan Asia 2019 dan Piala Dunia 2018 serta persiapan pasukan B23 bagi menghadapi Sukan SEA di Singapura yang akan bermula 30hb Mei 2015.

 

Pembatalan perlawanan persahabatan
Perlawanan persahabatan yang telah dinyatakan dibatalkan adalah tidak benar, tetapi ianya tidak diterima, kerana permohonan pasukan Filipina untuk mengadakan perlawanan tersebut dibuat pada 5hb Mei 2015, (selepas UndianKelayakan Piala Asia 2019 dan Piala Dunia 2018).

Pada masayang sama perlawanan persahabatan bertemu pasukan Tottenham Hotspur FC dan Liverpool FC telah lama dimuktamadkan oleh FAM pada awal tahun ini.

Pengagihan Hasil dan Hak Penyiaran

Pihak FAM, FMLLP dan MP & Silva baru sahaja mengadakan seminar dan bengkel untuk semua pasukan yang terlibat di Liga Super dan Liga Premier 2015 untuk menerangkan makenisma serta pengagihan pendapatan yang bakal diperolehi daripada hasil penyiaran pada masa yang akan datang. Setakat ini, semua pasukan yang terlibat telah bersetuju untuk makanisme yang dicadangkan.

J Category: 
news