Kenyataan Rasmi FAM berhubung komentar di laman media sosial Facebook

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ingin menegaskan sekeras-kerasnya bahawa tiada sebarang keputusan atau kenyataan rasmi telah dikeluarkan oleh Setiausaha Agung, YH Dato’ Hamidin Bin Haji Mohd. Amin bagi pihak FAM berhubung isu pembakaran suar di Stadium Darul Makmur pada 14hb Februari 2015 ketika perlawanan Liga Super di antara pasukan Pahang melawan pasukan Selangor seperti mana yang telah diuar-uarkan di laman media sosial, facebook tempoh hari.

J Category: 
article/latest-news