Kenyataan Rasmi FAM Berhubung Tindakan Pengadil Membatalkan Gol Keempat Terengganu

Dua situasi di bawah ini menerangkan definisi untuk menyatakan seseorang pemain itu berada dalam kedudukan ofsaid, sekali gus jika dia menjaringkan gol, maka jaringan berkenaan adalah tidak sah.

Pertama, kedudukan pemain itu adalah paling hampir dengan garisan gol pasukan lawan. Ia bermaksud, mana-mana bahagian kepala, badan atau kaki pemain itu berada lebih hampir dengan garisan gol pasukan lawan berbanding kedua-duanya iaitu bola dan pemain kedua terakhir pasukan lawan. Bahagian lengan bagaimanapun tidak termasuk dalam definisi ini.

Kedua, pemain berkenaan bertindak mengganggu permainan. Ia bermaksud, pemain itu memainkan bola atau menyentuh bola yang dihantar atau disentuh oleh rakan sepasukannya.

Jadi berdasarkan dua definisi di atas ini, jelas menunjukkan bahawa gol keempat Terengganu yang dijaringkan pemain jersi No 18, Ahmad Nordin Alias itu adalah tidak sah kerana Ahmad Nordin jelas didapati berkedudukan ofsaid.

Ini kerana, Ahmad Nordin menerima bola daripada rakan sepasukannya yang mana ketika itu, hanya ada seorang pemain pasukan lawan iaitu pemain jersi No 11 LionsXII, Nazrul Nazari yang berada lebih hampir dengan garisan gol pasukan lawan.

Undang-Undang Bola Sepak tidak menyebut penjaga gol mestilah menjadi pemain pertahanan terakhir dan ini bermaksud, mana-mana pemain pasukan lawan boleh menjadi pemain terakhir dan pemain kedua terakhir.

Ini bermakna, keputusan ofsaid yang dibuat Pengadil Perlawanan, Amirul Izwan Yaacob yang dibantu Penolong Pengadil 2, Azman Ismail adalah tepat.

Bantuan daripada Azman itu adalah keputusan yang tepat dan perlu diberi pujian kerana ia adalah satu situasi ofsaid yang sukar untuk dibuat keputusan.

Sebagai rujukan, insiden ofsaid ini adalah menyerupai insiden ofsaid yang berlaku pada perlawanan pembukaan Piala Dunia FIFA 2010 di Afrika Selatan apabila pengadil membatalkan gol Mexico yang dijaringkan Carlos Vela ketika bertemu pasukan tuan rumah.

Dalam pada itu, keputusan Amirul Izwan melayangkan dua kad merah kepada pemain Terengganu, Paulo Rangel (minit ke-90) dan Gustavo Lopez (minit ke-90+3) juga dianggap tepat.

Laporan Rasmi Instruktor Pengadil FIFA, C. Ravichandran

Tarikh              : 16.05.2015

Perlawanan     : Terengganu vs LionsXII

Laporan Penilai Pengadil dan Analisa Video yang dibuat oleh Jawatankuasa Pengadil telah mendapati keputusan ofsaid oleh Pengadil dan Penolong Pengadil 2 pada minit ke-89 adalah tepat mengikut Laws of the Game (Undang-undang Bolasepak).

Definisi Ofsaid:

“Nearer to his opponents’ goal line”, means that any part of a player’s head, body or feet is nearer to his opponents’ goal line than both the ball and the second-last opponent. The arms are not included in this definition.

“Interfering with play” means playing or touching the ball passed or touched by a team-mate. m/s 108 – Law 11 Offside (Laws Of The Game 2014/2015)

(Lebih hampir ke garisan gol pihak lawan bermaksud bahawa mana-mana bahagian kepala, badan atau kaki pemain berada lebih hampir dengan garisan gol pasukan lawan dari kedua-dua bola dan pemain kedua terakhir. Lengan tidak termasuk dalam definisi ini.

“Mengganggu permainan” bermaksud bermain atau menyentuh bola yang dihantar atau disentuh oleh rakan sepasukan.)

Penerangan ini jelas menunjukkan gol pasukan Terengganu ke-empat yang dijaringkan adalah ofsaid kerana Pemain Terengganu yang memaki jersi nombor 18, Ahmad Nordin Alias menerima bola dari rakan sepasukannya yang mana pada ketika itu hanya ada seorang pemain lawan yang memakai jersi nombor 11, Nazrul Nazari (LionsXII) berada lebih hampir dengan garisan gol pasukan lawan.

Undang-undang Bolasepak tidak menyebut Penjaga gol mestilah pemain pertahanan terakhir dan ini bermaksud mana-mana pemain lawan boleh menjadi pemain kedua terakhir.

Ini bermakna keputusan ofsaid oleh Pengadil perlawanan, Amirul Izwan Yaacob yang dibantu oleh Penolong Pengadil 2, Azman Ismail adalah tepat. Bantuan oleh Azman Ismail adalah keputusan yang tepat dan perlu diberi pujian kerana ia merupakan satu situasi ofsaid yang sukar untuk dibuat keputusan.

J Category: 
article/press-release