KEPUTUSAN JAWATANKUASA TATATERTIB FAM, 31 JULAI 2017

2017-07-31

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM dengan mengguna pakai Artikel 81 Kod Tatatertib FAM telah mencapai keputusan seperti berikut:

 

1. Pasukan Piala Presiden Terengganu

 

Perlawanan: Piala Presiden 2017, Terengganu lwn Pulau Pinang pada 24 Julai 2017 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak

Kesalahan: Melanggar Artikel 71 & Artikel 57 Kod Tatatertib FAM mengenai Obligasi Pasukan/Kelab & Ketidaklayakkan kerana menurunkan pemain, Mohd Ridzuan Bin Mohd Razali (Nombor 19) yang tidak layak bermain untuk perlawanan berkenaan yang berkesudahan Terengganu menang 2-1.

Hukuman: Pasukan Piala Presiden Terengganu didenda RM5,000, dilucutkan hak bagi perlawanan berkenaan dan dikira telah kalah perlawanan tersebut dengan jaringan Terengganu 0-3 Pulau Pinang. Keputusan ini tidak boleh dirayu.

 

2. Pasukan Piala Presiden Kuala Lumpur

 

Perlawanan: Piala Presiden 2017, Selangor lwn Kuala Lumpur pada 24 Julai 2017 di Stadium Mini MP Sepang, Bandar Baru Salak Tinggi

Kesalahan: Melanggar Artikel 71 & Artikel 57 Kod Tatatertib FAM mengenai Obligasi Pasukan/Kelab & Ketidaklayakkan kerana menurunkan pemain, Faiz Hanif Bin Adnan (Nombor 11)  yang tidak layak bermain untuk perlawanan berkenaan yang berkesudahan seri 0-0.

Hukuman: Pasukan Piala Presiden Kuala Lumpur didenda RM5,000, dilucutkan hak bagi perlawanan berkenaan dan dikira telah kalah perlawanan tersebut dengan jaringan Selangor 3-0 Kuala Lumpur. Keputusan ini tidak boleh dirayu.

 

DATUK BALJIT SINGH SIDHU

PENGERUSI JAWATANKUASA TATATERTIB FAM

ISNIN, 31 JULAI 2017