KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA STATUS FAM KALI KELAPAN BAGI PENGGAL 2017-2021

2018-11-28

Jawatankuasa Status FAM dalam mesyuarat kali kelapan bagi penggal 2017-2021 pada 22 November 2018 (Khamis) telah mencapai keputusan berikut:

1. Tuntutan dikemukakan oleh 1 pegawai terhadap Kelab Bolasepak Marcerra United berhubung tunggakan gaji dan pampasan kontrak

Keputusan: Tuntutan pengadu telah diterima sebahagiannya dan Kelab Bolasepak Marcerra United dikehendaki membayar tunggakan gaji dan elaun perumahan seperti jumlah dinyatakan di bawah (tertakluk kepada potongan wajib pendapatan) dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan keputusan ini.

i)  Khairul Nizam Mohd Taib (RM30,600) 

Jika Kelab Bolasepak Marcerra United gagal membayar jumlah dinyatakan dalam tempoh yang ditetapkan, apa-apa deposit penyertaan Pertandingan, hadiah wang tunai atau apa-apa sahaja kewangan Responden yang masih berbaki di FAM akan dibayar terus kepada Pengadu-pengadu.

Perkara ini akan dibawa ke Jawatankuasa Tatatertib FAM di bawah Artikel 67 Kod Tatatertib FAM untuk pertimbangan dan keputusan rasmi jika sumber kewangan yang dinyatakan di atas masih tidak mencukupi.

 

2. Tuntutan dikemukakan oleh 3 pemain terhadap Kelab Bolasepak Terengganu City berhubung tunggakan gaji

Keputusan: Tuntutan pengadu-pengadu telah diterima sebahagiannya dan Kelab Bolasepak Terengganu City dikehendaki membayar tunggakan gaji seperti jumlah dinyatakan di bawah (tertakluk kepada potongan wajib pendapatan) dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan keputusan ini.

i) Mohd Nasyrul Naim Fauzi (RM13,800)

ii) Muhammad Munawwar Shavukath Ali (RM19,800)

iii) Ros Mohd Muharam Wahab (RM11,400)

Jika Kelab Bolasepak Terengganu City gagal membayar jumlah dinyatakan dalam tempoh yang ditetapkan, apa-apa deposit penyertaan Pertandingan, hadiah wang tunai atau apa-apa sahaja kewangan Responden yang masih berbaki di FAM akan dibayar terus kepada Pengadu-pengadu.

Perkara ini akan dibawa ke Jawatankuasa Tatatertib FAM di bawah Artikel 67 Kod Tatatertib FAM untuk pertimbangan dan keputusan rasmi jika sumber kewangan yang dinyatakan di atas masih tidak mencukupi.

 

3. Tuntutan dikemukakan oleh 3 pemain terhadap Persatuan Bolasepak Daerah Hulu Terengganu (Hanelang FC) berhubung tunggakan gaji

Keputusan: Tuntutan pengadu-pengadu telah diterima sepenuhnya dan Persatuan Bolasepak Daerah Hulu Terengganu (Hanelang FC) dikehendaki membayar tunggakan gaji seperti jumlah dinyatakan di bawah (tertakluk kepada potongan wajib pendapatan) dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan keputusan ini.

i) Mohamad Aizat Asli (RM40,000)

ii) Mohamad Hasrolsyawal Hamid (RM40,000)

iii) Muhammad Munawwar Shavukath Ali (RM6,000)

Jika Persatuan Bolasepak Daerah Hulu Terengganu (Hanelang FC) gagal membayar jumlah dinyatakan dalam tempoh yang ditetapkan, apa-apa deposit penyertaan Pertandingan, hadiah wang tunai atau apa-apa sahaja kewangan Responden yang masih berbaki di FAM akan dibayar terus kepada Pengadu-pengadu.

Perkara ini akan dibawa ke Jawatankuasa Tatatertib FAM di bawah Artikel 67 Kod Tatatertib FAM untuk pertimbangan dan keputusan rasmi jika sumber kewangan yang dinyatakan di atas masih tidak mencukupi.

 

MOHD JOEHARI AYUB

PENGERUSI JAWATANKUASA STATUS FAM