KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA STATUS FAM PADA 11 FEBRUARI 2016

2016-02-11

Jawatankuasa Status FAM dalam mesyuaratnya pada 11 Februari 2016 (Khamis) telah mencapai keputusan berikut:

1.    Tuntutan yang dikemukakan oleh Pegawai, Manja bin Man terhadap Kelab Bola Sepak Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengenai tunggakan gaji bulanan bermula dari bulan Januari 2014 hingga November 2014:

·   Kelab Bola Sepak UiTM diarahkan untuk membuat bayaran tunggakan gaji bulanan Pegawai selama 6 bulan berjumlah RM12,000.00.

 

2.    Tuntutan yang dikemukakan oleh Pemain, Gilmar Jose Da Silva Filho terhadap Persatuan Bola Sepak Kelantan mengenai tunggakan gaji bulanan bermula dari bulan September 2015 hingga November 2015, baki ‘Signing Fee’, baki yuran agen, bonus jaringan gol dan tiket penerbangan:

·     Persatuan Bola Sepak Kelantan diarahkan untuk membuat bayaran berikut pada atau sebelum 15 April 2016:

a)    Tunggakan gaji bulanan bermula dari bulan September 2015 hingga November 2015 berjumlah USD48,000.00;

b)    Baki ‘Signing Fee’ berjumlah USD16,000.00;

c)    Baki yuran agen berjumlah USD16,000.00;

d)    Bonus jaringan gol berjumlah USD9,000.00; dan

e)    Tiket penerbangan bernilai RM3,000.00.

 

3.    Tuntutan yang dikemukakan oleh Pemain, Muhammad Hafiz bin Abu Hassan terhadap Kelab Bola Sepak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) mengenai tunggakan gaji bulanan bermula dari bulan Oktober 2015 hingga November 2015:

·   Kelab Bola Sepak SPA diarahkan untuk membuat bayaran tunggakan gaji bulanan Pemain bermula dari bulan Oktober 2015 hingga November 2015 berjumlah RM5,000.00.

 

4.    Tuntutan yang dikemukakan oleh Pemain, Mohd Nasrullah bin Mohd Nasir terhadap Kelab Bola Sepak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) mengenai tunggakan gaji bulanan bermula dari bulan Oktober 2015 hingga November 2015:

·   Kelab Bola Sepak SPA diarahkan untuk membuat bayaran tunggakan gaji bulanan Pemain bermula dari bulan Oktober 2015 hingga November 2015 berjumlah RM4,000.00.

 

5.    Tuntutan yang dikemukakan oleh Pemain, Hishamuddin bin Othman terhadap Kelab Bola Sepak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) mengenai tunggakan gaji bulanan bermula dari bulan Oktober 2015 hingga November 2015:

·   Kelab Bola Sepak SPA diarahkan untuk membuat bayaran tunggakan gaji bulanan Pemain bermula dari bulan Oktober 2015 hingga November 2015 berjumlah RM4,000.00.

 

6.    Tuntutan yang dikemukakan oleh Pemain, Kairul Izwan bin Khalid terhadap Kelab Bola Sepak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) mengenai tunggakan gaji bulanan bermula dari bulan Oktober 2015 hingga November 2015:

·   Kelab Bola Sepak SPA diarahkan untuk membuat bayaran tunggakan gaji bulanan Pemain bermula dari bulan Oktober 2015 hingga November 2015 berjumlah RM6,000.00.