KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA STATUS FAM PADA 29 JANUARI 2016

2016-01-29

Jawatankuasa Status FAM dalam mesyuaratnya pada 29 Januari 2016 (Jumaat) telah mencapai keputusan berikut:

Tuntutan yang dikemukakan oleh Persatuan Bolasepak Kelantan terhadap pemain, Syahrul Azwari Ibrahim dan Persatuan Bolasepak Sarawak mengenai pertikaian berkaitan kontrak di antara kedua-dua belah pihak:

·        Pemain wajib balik ke Persatuan Bolasepak Kelantan kerana aktiviti bolasepaknya bermula di Kelantan.

·        Pemain dan Persatuan Bolasepak Kelantan diarahkan untuk berbincang mengenai kontrak dalam masa 7 hari dari tarikh terma keputusan diterima sekiranya khidmat pemain diperlukan oleh Persatuan Bolasepak Kelantan.  

·     Walaubagaimanapun, Persatuan Bolasepak Sarawak boleh mengadakan perbincangan secara rasmi dengan Persatuan Bolasepak Kelantan dalam masa 7 hari dari tarikh terma keputusan diterima jika masih berhasrat untuk mendapatkan khidmat pemain.

·        Kontrak Persatuan Bolasepak Sarawak bersama pemain adalah terbatal kerana Persatuan Bolasepak Sarawak dan pemain tidak mengikut tatacara pelepasan pemain yang ditetapkan.

J Category: 
article/press-release