KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA TATATERTIB FAM, 15 JUN 2017

2017-06-16

Jawatankuasa Tatatertib FAM dalam mesyuaratnya pada 15 Jun 2017 (Khamis) telah mencapai keputusan berikut:

 

1. Pengurus Pasukan Melaka - Rusham Bin Abu

Perlawanan: Piala Presiden 2017, Sarawak vs Melaka pada 4 Mei 2017 di Stadium Negeri, Kuching

Kesalahan: Mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Pengadil Perlawanan

Hukuman: Penggantungan untuk tiga (3) perlawanan termasuk satu penggantungan perlawanan secara automatik dan didenda sebanyak RM3,000.00

 

2. Pemain Pasukan Melaka – Muhammad Najmudin Bin Samat

Perlawanan: Piala Presiden 2017, Sarawak vs Melaka pada 4 Mei 2017 di Stadium Negeri, Kuching

Kesalahan: Mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Pengadil Perlawanan

Hukuman: Penggantungan untuk tiga (3) perlawanan termasuk satu penggantungan perlawanan secara automatik dan didenda sebanyak RM3,000.00

 

3. Pemain Pasukan MISC-MIFA – Yoges Muniandy

Perlawanan: Liga Premier 2017, PKNP FC vs MISC-MIFA pada 5 Mei 2017 di Stadium Perak, Ipoh

Kesalahan: Berkelakuan ganas dengan sengaja memijak di bahagian peha Pemain Jersi No. 6 dari Pasukan PKNP FC (Mohd Irwan Syazmin Wahab)

Hukuman: Penggantungan untuk dua (2) perlawanan termasuk satu penggantungan perlawanan secara automatik dan didenda sebanyak RM3,000.00

 

4. Pemain Pasukan Kuching FA – Mohammad Shafitri Bin Salim

Perlawanan: Piala FAM 2017, Kuching FA vs SAMB FC pada 20 Mei 2017 di Stadium Negeri, Kuching

Kesalahan: Berkelakuan ganas dengan sengaja memijak Pemain Jersi No. 13 dari Pasukan SAMB FC (Hafizuddin Bin Mohamad Said) sehingga menyebabkan kecederaan yang serius

Hukuman: Penggantungan daripada bermain di dalam Perlawanan Rasmi dan Tidak Rasmi i.e. Perlawanan Liga Malaysia dan Perlawanan Persahabatan selama enam (6) bulan berkuatkuasa mulai 15 Jun 2017 sehingga 14 Disember 2017 dan didenda sebanyak RM10,000.00

 

5. Pemain Pasukan Kuching FA – Remenor Bin Pit

Perlawanan: Piala FAM 2017, Kuching FA vs SAMB FC pada 20 Mei 2017 di Stadium Negeri, Kuching

Kesalahan: Berkelakuan ganas (dengan sengaja mencekik pemain lawan)

Hukuman: Penggantungan daripada bermain di dalam Perlawanan Rasmi dan Tidak Rasmi i.e. Perlawanan Liga Malaysia dan Perlawanan Persahabatan selama tiga (3) bulan berkuatkuasa mulai 15 Jun 2017 sehingga 14 September 2017 dan didenda sebanyak RM5,000.00

 

6. Pemain Pasukan Kuching FA – Rafiezan Bin Razali

Perlawanan: Piala FAM 2017, Kuching FA vs SAMB FC pada 20 Mei 2017 di Stadium Negeri, Kuching

Kesalahan: Berkelakuan ganas (dengan sengaja menyiku pemain lawan)

Hukuman: Penggantungan daripada bermain di dalam Perlawanan Rasmi dan Tidak Rasmi i.e. Perlawanan Liga Malaysia dan Perlawanan Persahabatan selama tiga (3) bulan berkuatkuasa mulai 15 Jun 2017 sehingga 14 September 2017 dan didenda sebanyak RM5,000.00

 

7. Pemain Pasukan SAMB FC – Amer Bin Omar

Perlawanan: Piala FAM 2017, Kuching FA vs SAMB FC pada 20 Mei 2017 di Stadium Negeri, Kuching

Kesalahan: Berkelakuan ganas (dengan sengaja mencekik pemain lawan)

Hukuman: Penggantungan daripada bermain di dalam Perlawanan Rasmi dan Tidak Rasmi i.e. Perlawanan Liga Malaysia dan Perlawanan Persahabatan selama tiga (3) bulan berkuatkuasa mulai 15 Jun 2017 sehingga 14 September 2017 dan didenda sebanyak RM5,000.00

 

DATUK BALJIT SINGH SIDHU

PENGERUSI JAWATANKUASA TATATERTIB FAM

KHAMIS, 15 JUN 2017