KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA TATATERTIB FAM KALI KE-12 BAGI PENGGAL 2017-2021

2019-05-31

Jawatankuasa Tatatertib FAM dalam mesyuarat kali ke-12 bagi penggal 2017-2021 pada 30 Mei 2019 (Khamis) telah mencapai keputusan berikut:

 

1. Pegawai Pasukan Sarawak, Hamzah Ibrahim

Perlawanan: Perlawanan Liga Premier 2019, Sarawak lwn UiTM FC pada 21 April 2019 di Stadium Negeri, Kuching.

Kesalahan: Melanggar Artikel 59 dan Artikel 62 Kod Tatatertib FAM akibat daripada tindakannya berkelakuan yang menyinggung dan fair play serta ugutan semasa dan selepas perlawanan.

Hukuman: Penggantungan enam (6) bulan daripada terlibat dengan sebarang Aktiviti Bolasepak termasuklah aktiviti-aktiviti pentadbiran, pengurusan kesukanan bolasepak serta aktiviti yang bersampingan dengannya yang berkuatkuasa mulai 30 Mei 2019 sehingga 29 November 2019, denda sebanyak RM10,000.00 yang dikehendaki dijelaskan jumlah denda yang dikenakan dalam masa empat belas (14) hari waktu bekerja dari tarikh penerimaan keputusan ini, dan diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. 

 

2. Pegawai Pasukan Sarawak, Hamzah Ibrahim

Perlawanan: Perlawanan Liga Premier 2019, Sarawak lwn PDRM pada 27 April 2019 di Stadium Negeri, Kuching.

Kesalahan: Melanggar Artikel 59 dan Artikel 62 Kod Tatatertib FAM akibat daripada tindakannya berkelakuan yang menyinggung dan fair play serta ugutan semasa dan selepas perlawanan.

Hukuman: Penggantungan enam (6) bulan daripada terlibat dengan sebarang Aktiviti Bolasepak termasuklah aktiviti-aktiviti pentadbiran, pengurusan kesukanan bolasepak serta aktiviti yang bersampingan dengannya yang berkuatkuasa mulai 30 November 2019 sehingga 29 Mei 2020, denda sebanyak RM10,000.00 yang dikehendaki dijelaskan jumlah denda yang dikenakan dalam masa empat belas (14) hari waktu bekerja dari tarikh penerimaan keputusan ini, dan diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. 

 

3. Persatuan Bolasepak Negeri Johor

Perlawanan: Perlawanan Liga Super 2019, Johor Darul Ta’zim lwn Pahang pada 14 Mei 2019 di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin.

Kesalahan: Melanggar Artikel 70.1 Kod Tatatertib FAM akibat daripada kelakuan penyokong yang didapati membakar mercun roket sebelum dan semasa dalam perlawanan.

Hukuman: Denda sebanyak RM25,000.00 yang dikehendaki dijelaskan jumlah denda yang dikenakan dalam masa empat belas (14) hari waktu bekerja dari tarikh penerimaan keputusan ini, dan diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. 

 

4. Pemain Pasukan Selangor, Mohd Farizal bin Harun

Perlawanan: Perlawanan Liga Super 2019, PKNP FC lwn Selangor pada 18 Mei 2019 di Stadium Majlis Perbandaran Manjung, Perak.

Kesalahan: Melanggar Artikel 59 Kod Tatatertib FAM akibat daripada tindakannya berkelakuan ganas dengan menumbuk muka pemain lawan.

Hukuman: Penggantungan lima (5) perlawanan, denda sebanyak RM5,000.00 yang dikehendaki dijelaskan jumlah denda yang dikenakan dalam masa empat belas (14) hari waktu bekerja dari tarikh penerimaan keputusan ini dan diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. 

Penggantungan lima (5) perlawanan yang dikenakan adalah seperti berikut:

i) Perlawanan Liga Super 2019 di antara Selangor melawan Kuala Lumpur pada 15 Jun 2019.

ii) Perlawanan Liga Super 2019 di antara JDT melawan Selangor pada 19 Jun 2019.

iii) Perlawanan Liga Super 2019 di antara Selangor melawan Pahang pada 25 Jun 2019.

iv) Perlawanan Liga Super 2019 di antara Felda United FC melawan Selangor (tarikh perlawanan adalah tertakluk kepada sebarang perubahan/penetapan dari Malaysian Football League)

v) Perlawanan Liga Super 2019 di antara Perak melawan Selangor (tarikh perlawanan adalah tertakluk kepada sebarang perubahan/penetapan dari Malaysian Football League)

 

5. Pemain Pasukan Terengganu FC, Igor Zongic

Perlawanan: Perlawanan Liga Super 2019, PKNP FC lwn Terengganu FC pada 4 Mei 2019 di Stadium Majlis Perbandaran Manjung, Perak.

Kesalahan: Melanggar Artikel 59 Kod Tatatertib FAM akibat daripada tindakannya berkelakuan ganas dengan menyerang dan memukul dibahagian belakang badan pemain lawan.

Hukuman: Penggantungan tiga (3) perlawanan, denda sebanyak RM5,000.00 yang dikehendaki dijelaskan jumlah denda yang dikenakan dalam masa empat belas (14) hari waktu bekerja dari tarikh penerimaan keputusan ini dan diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. 

Penggantungan tiga (3) perlawanan yang dikenakan adalah seperti berikut:

i) Perlawanan Liga Super 2019 di antara Melaka melawan Terengganu FC pada 15 Jun 2019.

ii) Perlawanan Liga Super 2019 di antara Perak melawan Terengganu FC pada 18 Jun 2019.

iii) Perlawanan Liga Super 2019 di antara Terengganu FC melawan Kuala Lumpur pada 26 Jun 2019.

 

6. Pemain Pasukan UiTM FC, Zarko Korac

Perlawanan: Perlawanan Liga Premier 2019, UKM FC lwn UiTM FC pada 27 April 2019 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.

Kesalahan: Melanggar Artikel 50.1(d) dibaca bersama dengan Artikel 18.4 Kod Tatatertib FAM akibat daripada tindakannya berkelakuan ganas dengan menyiku dibahagian muka pemain pasukan lawan.

Hukuman: Penggantungan satu (1) perlawanan dan diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. 

Penggantungan satu (1) perlawanan yang dikenakan adalah seperti berikut:

i) Perlawanan Liga Premier 2019 di antara Terengganu FC II melawan UiTM FC pada 3 Mei 2019 (penggantungan perlawanan secara automatik).

 

7. Pemain Pasukan PKNS FC, Muhammad Syafiq bin Sabaruddin

Perlawanan: Perlawanan Piala Belia 2019, Melaka lwn PKNS FC pada 28 April 2019 di Stadium Hang Tuah, Melaka.

Kesalahan: Melanggar Artikel 59 Kod Tatatertib FAM akibat daripada tindakannya berkelakuan ganas dengan menyiku dibahagian belakang leher pemain pasukan lawan.

Hukuman: Penggantungan tiga (3) perlawanan, denda sebanyak RM1,000.00 yang dikehendaki dijelaskan jumlah denda yang dikenakan dalam masa empat belas (14) hari waktu bekerja dari tarikh penerimaan keputusan ini dan diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. 

Penggantungan tiga (3) perlawanan yang dikenakan adalah seperti berikut:

i) Perlawanan Piala Belia 2019 di antara PJ City FC melawan PKNS FC pada 16 Jun 2019.

ii) Perlawanan Piala Belia 2019 di antara PKNS FC melawan Kuala Lumpur pada 19 Jun 2019.

iii) Perlawanan Piala Belia 2019 di antara UiTM FC melawan PKNS FC pada 26 Jun 2019.

 

8. Pemain Pasukan Perak, Muhammad Harith Izzudin bin Mohamad Hussain

Perlawanan: Perlawanan Piala Belia 2019, Perak lwn Johor Darul Ta’zim IV pada 28 April 2019 di Padang Sintetik Parit Buntar, Perak.

Kesalahan: Melanggar Artikel 50.1(d) dibaca bersama dengan Artikel 18.4 Kod Tatatertib FAM akibat daripada tindakannya berkelakuan ganas dengan menendang dibahagian kaki dan menumbuk dibahagian muka pemain pasukan lawan.

Hukuman: Penggantungan tiga (3) perlawanan termasuk satu penggantungan perlawanan secara automatik, denda sebanyak RM1,000.00 yang dikehendaki dijelaskan jumlah denda yang dikenakan dalam masa empat belas (14) hari waktu bekerja dari tarikh penerimaan keputusan ini dan diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. 

Penggantungan tiga (3) perlawanan yang dikenakan adalah seperti berikut:

i) Perlawanan Piala Belia 2019 di antara Sabah melawan Perak pada 1 Mei 2019 (penggantungan perlawanan secara automatik).

ii) Perlawanan Piala Belia 2019 di antara Perak melawan Selangor pada 16 Jun 2019.

iii) Perlawanan Piala Belia 2019 di antara TFC IV melawan Perak pada 19 Jun 2019.

 

9. Pemain Pasukan JDT IV, Syahirul Fazly bin Zaini

Perlawanan: Perlawanan Piala Belia 2019, Perak lwn Johor Darul Ta’zim IV pada 28 April 2019 di Padang Sintetik Parit Buntar, Perak.

Kesalahan: Melanggar Artikel 59 Kod Tatatertib FAM akibat daripada tindakannya mengeluarkan kata-kata kesat dan lucah kepada Pengadil Perlawanan.

Hukuman: Penggantungan dua (2) perlawanan, denda sebanyak RM1,000.00 yang dikehendaki dijelaskan jumlah denda yang dikenakan dalam masa empat belas (14) hari waktu bekerja dari tarikh penerimaan keputusan ini dan diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. 

Penggantungan dua (2) perlawanan yang dikenakan adalah seperti berikut:

i) Perlawanan Piala Belia 2019 di antara JDT IV melawan Negeri Sembilan pada 16 Jun 2019.

ii) Perlawanan Piala Belia 2019 di antara Kedah melawan JDT IV pada 19 Jun 2019.

 

DATUK BALJIT SINGH SIDHU

PENGERUSI JAWATANKUASA TATATERTIB FAM