KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA TATATERTIB FAM KALI KELIMA BAGI PENGGAL 2017-2021

2018-03-23

Jawatankuasa Tatatertib FAM dalam mesyuarat kali kelima bagi penggal 2017-2021 pada 21 Mac 2017 (Rabu) telah mencapai keputusan berikut:

 

1. Persatuan Bolasepak Sarawak

 

Kesalahan: Melanggar Artikel 67.1 Kod Tatatertib FAM edisi 2015 (selepas ini disebut “Kod ini”) akibat daripada kegagalan membayar jumlah amaun tertunggak sebanyak RM60,000.00 kepada Pengadu, Thanaraj A/L Kumarasamy.

Hukuman: Didenda sebanyak RM1,500.00 di atas kesalahan melanggar Artikel 67.1’ Kod ini; diarahkan untuk menjelaskan kesemua amaun tertunggak dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh penerimaan keputusan ini; dan diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika gagal atau enggan mematuhi tempoh yang diberikan. Keputusan ini tidak boleh dirayu.

 

2. Persatuan Bolasepak Sarawak

Kesalahan: Melanggar Artikel 67.1 Kod Tatatertib FAM edisi 2015 (selepas ini disebut “Kod ini”) akibat daripada kegagalan membayar jumlah amaun tertunggak sebanyak RM58,000.00 kepada Pengadu, Mohd Iqbal Bin Mohd Suhimi.

Hukuman: Didenda sebanyak RM1,500.00 di atas kesalahan melanggar Artikel 67.1’ Kod ini; diarahkan untuk menjelaskan kesemua amaun tertunggak dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh penerimaan keputusan ini; dan diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika gagal atau enggan mematuhi tempoh yang diberikan. Keputusan ini tidak boleh dirayu.

 

3. Persatuan Bolasepak Pulau Pinang

Kesalahan: Melanggar Artikel 67.1 Kod Tatatertib FAM edisi 2015 (selepas ini disebut “Kod ini”) akibat daripada kegagalan menjelaskan jumlah bonus tertunggak sebanyak USD13,500.00 kepada En. Frank Van Ejis dan En. Laszlo Kleber serta jumlah bonus tertunggak sebanyak USD17,500.00 kepada En. Soleye Ranti Martins.

Hukuman: Didenda sebanyak RM1,500.00 di atas kesalahan melanggar Artikel 67.1’ Kod ini; diarahkan untuk menjelaskan kesemua amaun tertunggak dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh penerimaan keputusan ini; dan diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika gagal atau enggan mematuhi tempoh yang diberikan. Keputusan ini tidak boleh dirayu.

 

4. Pemain Pasukan MIFA – Mughentirran A/L Ganesan

Perlawanan: Perlawanan Liga Perdana 2018, Kuantan FA lwn MIFA pada 6 Februari 2018 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Selangor.

Kesalahan: Melanggar Artikel 50.1(d) dibaca bersama dengan Artikel 18.4 Kod Tatatertib FAM akibat daripada tindakannya berkelakuan ganas dengan menampar Pemain Kuantan FA (Andre Fransisco William).

Hukuman: Penggantungan 2 perlawanan termasuk satu penggantungan perlawanan secara automatik serta diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. Keputusan ini tidak boleh dirayu.

  

5. Pemain Pasukan Kedah, Liridon Krasniqi 

Perlawanan: Perlawanan Liga Super 2018, Kedah lwn Perak pada 7 Februari 2018 di Stadium Darul Aman, Alor Setar.

Kesalahan: Melanggar Artikel 50.1(d) dibaca bersama dengan Artikel 18.4 Kod Tatatertib FAM akibat daripada tindakannya berkelakuan ganas dengan menyiku di bahagian leher Pemain Perak (Leandro Dos Santos Oliveira).

Hukuman: Penggantungan 2 perlawanan termasuk satu penggantungan perlawanan secara automatic, didenda sebanyak RM1,500.00 serta diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. Keputusan ini tidak boleh dirayu.

 

6. Pemain Pasukan Kedah, Baddrol Bakhtiar 

Perlawanan: Perlawanan Liga Super 2018, Kedah lwn Perak pada 7 Februari 2018 di Stadium Darul Aman, Alor Setar.

Kesalahan: Melanggar Artikel 59 Kod Tatatertib FAM akibat daripada tindakannya berkelakuan yang menyinggung.

Hukuman: Diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. Keputusan ini tidak boleh dirayu.

 

7. Penolong Pengurus Pasukan PKNP FC, Mohd Arfrenddy Arasad 

Perlawanan: Perlawanan Liga Super 2018, PKNP FC lwn Kedah pada 11 Februari 2018 di Stadium Negeri Batu Kawan, Pulau Pinang.

Kesalahan: Melanggar Artikel 51.1(a) dibaca bersama dengan Artikel 18.4 dan Artikel 59 Kod Tatatertib FAM akibat daripada tindakannya mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Pengadil Perlawanan.

Hukuman: Penggantungan 3 perlawanan termasuk satu penggantungan perlawanan secara automatic, didenda sebanyak RM3,000.00 serta diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama.

 

DATUK BALJIT SINGH SIDHU

PENGERUSI JAWATANKUASA TATATERTIB FAM