KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA TATATERTIB FAM KALI KESEPULUH BAGI PENGGAL 2017-2021

2019-03-28

Jawatankuasa Tatatertib FAM dalam mesyuarat kali kesepuluh bagi penggal 2017-2021 pada 27 Mac 2019 (Khamis) telah mencapai keputusan-keputusan berikut:

 

1. Pemain Pasukan Kedah, Renan Da Silva Alves

Perlawanan: Perlawanan Liga Super 2019, Kedah lwn PKNS FC pada 2 Mac 2019 di Stadium Darul Aman, Alor Setar.

Kesalahan: Melanggar Artikel 50.1(d) dibaca bersama dengan Artikel 18.4 Kod Tatatertib FAM akibat daripada tindakannya didapati berkelakuan ganas dengan menghentak kepalanya ke atas kepala pemain pasukan PKNS FC (Muhamad Faizat Mohamad Ghazali).

Hukuman: Penggantungan dua (2) perlawanan termasuk satu penggantungan perlawanan secara automatik dan diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. 

Penggantungan dua (2) perlawanan yang dikenakan adalah seperti berikut:

i) Perlawanan Liga Super 2019 di antara Pahang melawan Kedah pada 8 Mac 2019 (penggantungan perlawanan secara automatik).

ii) Perlawanan Liga Super 2019 di antara Kedah melawan Johor Darul Ta’zim pada 29 Mac 2019.

 

2. Pemain Pasukan PKNS FC, Kpah Sean Sherman

Perlawanan: Perlawanan Liga Super 2019, PKNS FC lwn PKNP FC pada 23 Februari 2019 di Stadium Shah Alam.

Kesalahan: Melanggar Artikel 50.1(d) dibaca bersama dengan Artikel 18.4 Kod Tatatertib FAM akibat daripada tindakannya didapati berkelakuan ganas dengan menyiku dibahagian dada pemain pasukan PKNP FC (Amani Manual Aguinaldo).

Hukuman: Penggantungan dua (2) perlawanan termasuk satu penggantungan perlawanan secara automatik dan diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. 

Penggantungan dua (2) perlawanan yang dikenakan adalah seperti berikut:

i) Perlawanan Liga Super 2019 di antara Kedah melawan PKNS FC pada 2 Mac 2019 (penggantungan perlawanan secara automatik).

ii) Perlawanan Liga Super 2019 di antara PJ City FC melawan PKNS FC pada 30 Mac 2019.

 

3. Pemain Pasukan PKNP FC, Ahmad Sukri Ab Hamid

Perlawanan: Perlawanan Liga Super 2019, Johor Darul Ta’zim lwn PKNP FC pada 9 Mac 2019 di Stadium Tan Sri Dato’Haji Hassan Yunos, Larkin.

Kesalahan: Melanggar Artikel 50.1(b) dibaca bersama dengan Artikel 18.4 Kod Tatatertib FAM akibat daripada tindakannya menolak dengan daya yang kuat kepala pemain pasukan Johor Darul Ta’zim (Muhammad Nazmi Faiz Mansor) sehingga menyebabkan pemain itu terjatuh.

Hukuman: Penggantungan dua (2) perlawanan termasuk satu penggantungan perlawanan secara automatik dan diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. 

Penggantungan dua (2) perlawanan yang dikenakan adalah seperti berikut:

i) Perlawanan Liga Super 2019 di antara PKNP FC melawan Kuala Lumpur pada 30 Mac 2019 (penggantungan perlawanan secara automatik).

ii) Perlawanan Liga Super 2019 di antara Terengganu FC melawan PKNP FC pada 6 April 2019.

 

4. Persatuan Bolasepak Sarawak

Kesalahan: Melanggar Artikel 70.1 Kod Tatatertib FAM akibat daripada tindakan penyokong Pasukan Sarawak yang didapati membakar suar selepas tamat perlawanan di bahagian Zon B semasa Perlawanan Liga Premier 2019 di antara Sarawak melawan Sabah pada 23 Februari 2019 di Stadium Negeri, Kuching.

Hukuman: Dikenakan denda sebanyak RM1,000.00 dan dikehendaki menjelaskan jumlah denda yang dikenakan dalam masa empat belas (14) hari waktu bekerja dari tarikh penerimaan keputusan ini dan diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama.

 

5. Persatuan Bolasepak Sarawak

Kesalahan: Melanggar Artikel 70.1 Kod Tatatertib FAM akibat daripada tindakan penyokong Pasukan Sarawak yang menyalakan enam (6) suar semasa Perlawanan Liga Premier 2019 di antara Sarawak melawan Pulau Pinang pada 9 Februari 2019 di Stadium Negeri, Kuching.

Hukuman: Dikenakan denda sebanyak RM1,500.00 dan dikehendaki menjelaskan jumlah denda yang dikenakan dalam masa empat belas (14) hari waktu bekerja dari tarikh penerimaan keputusan ini dan diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama.

 

6. Pemain Pasukan Armed Forces FC, Mohamad Azim Faris bin Shari

Perlawanan: Perlawanan Liga M3 2019, Armed Forces FC lwn Protap FC pada 17 Mac 2019 di Stadium MINDEF, Kuala Lumpur.

Kesalahan: Melanggar Artikel 50.1(d) dibaca bersama dengan Artikel 18.4 Kod Tatatertib FAM akibat daripada tindakannya yang didapati berkelakuan ganas dengan menggunakan daya yang berlebihan dengan menyiku dibahagian muka pemain Protap FC (Thanasegar Joseph).

Hukuman: Penggantungan dua (2) perlawanan termasuk satu penggantungan perlawanan secara automatik dan diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. 

Penggantungan dua (2) perlawanan yang dikenakan adalah seperti berikut:

i) Perlawanan Liga M3 2019 di antara Armed Forces FC melawan Kelantan United FC pada 24 Mac 2019 (penggantungan perlawanan secara automatik).

ii) Perlawanan Liga M3 2019 di antara Kuching FA melawan Armed Forces FC pada 30 Mac 2019.

7. Pemain Pasukan Kuala Lumpur, Royizzat bin Daud

Perlawanan: Perlawanan Piala Presiden 2019, PKNP FC lwn Kuala Lumpur pada 25 Februari 2019 di Stadium Majlis Perbandaran Manjung.

Kesalahan: Melanggar Artikel 50.1(e) dibaca bersama dengan Artikel 18.4 Kod Tatatertib FAM (selepas ini disebut “Kod ini”) akibat daripada kad merah yang diterimanya dalam perlawanan tersebut.

Hukuman: Penggantungan enam (6) perlawanan termasuk satu penggantungan perlawanan secara automatik dan diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. 

Walaubagaimanapun, Jawatankuasa Tatatertib FAM telah memutuskan untuk menggunapakai Artikel 35 Kod ini dimana Defendan dikenakan penggantungan bagi tiga (3) perlawanan pertama dahulu dan baki tiga (3) lagi perlawanan adalah ditangguh terlebih dahulu tertakluk kepada kelakuan baik Defendan dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh surat ini diterima.

Penggantungan enam (6) perlawanan yang dikenakan adalah seperti berikut:

i) Perlawanan Piala Presiden 2019 di antara Kuala Lumpur melawan PDRM pada 28 Februari 2019 (penggantungan perlawanan secara automatik yang telah dijalani oleh Defendan).

ii) Perlawanan Piala Presiden 2019 di antara Sarawak melawan Kuala Lumpur pada 30 Mac 2019.

iii) Perlawanan Piala Presiden 2019 di antara TFC III melawan Kuala Lumpur pada 4 April 2019.

iv) baki tiga (3) lagi perlawanan adalah ditangguh terlebih dahulu tertakluk kepada kelakuan baik Defendan. Jika Defendan didapati bersalah mengulangi kesalahan yang sama, baki hukuman penggantungan tiga (3) perlawanan ini akan berkuatkuasa dengan serta merta.

8. Pemain Pasukan PKNP FC, Muhamad Farid bin Nezal

Perlawanan: Perlawanan Piala Presiden 2019, PKNP FC lwn Kuala Lumpur pada 25 Februari 2019 di Stadium Majlis Perbandaran Manjung.

Kesalahan: Melanggar Artikel 50.1(d) dibaca bersama dengan Artikel 18.4 Kod Tatatertib FAM akibat daripada tindakannya didapati berkelakuan ganas dengan menyiku dibahagian belakang leher pemain pasukan Kuala Lumpur (Muhammad Azhar bin Mohd Apandi).

Hukuman: Penggantungan dua (2) perlawanan termasuk satu penggantungan perlawanan secara automatik dan diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. 

Penggantungan dua (2) perlawanan yang dikenakan adalah seperti berikut:

i) Perlawanan Piala Presiden 2019 di antara PKNP FC melawan Perak pada 28 Februari 2019 (penggantungan perlawanan secara automatik).

ii) Perlawanan Piala Presiden 2019 di antara PKNS FC melawan PKNP FC pada 30 Mac 2019.

 

9. Pemain Pasukan Selangor United FC, Muhammad Aqmar bin Alias

Perlawanan: Perlawanan Piala Presiden 2019, JDT III lwn Selangor United FC pada 25 Februari 2019 di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang.

Kesalahan: Melanggar Artikel 50.1(b) dibaca bersama dengan Artikel 18.4 Kod Tatatertib FAM akibat daripada tindakannya didapati berkelakuan amat kasar dengan sengaja menyepak menggunakan daya yang berlebihan di bahagian belakang betis kaki pemain pasukan JDT III (Muhammad Haziq bin Azli).

Hukuman: Penggantungan satu (1) perlawanan secara automatik dan diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. 

Penggantungan satu (1) perlawanan yang dikenakan adalah seperti berikut:

i) Perlawanan Piala Presiden 2019 di antara Selangor United FC melawan PJ City FC pada 28 Februari 2019 (penggantungan perlawanan secara automatik).

 

DATUK BALJIT SINGH SIDHU

PENGERUSI JAWATANKUASA TATATERTIB FAM