KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA TATATERTIB FAM KALI KETUJUH BAGI PENGGAL 2021-2025

2022-02-25

Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam mesyuarat kali ketujuh bagi penggal 2021-2025 yang diadakan di Wisma FAM, Kelana Jaya pada Khamis, 24 Februari 2022 telah mencapai keputusan berikut:

 

1. Kelab Bolasepak Terengganu II/Terengganu FC II

 

Kesalahan: Melanggar Artikel 54 Kod Tatatertib FAM yang dibaca bersama Artikel 74, perenggan 2 dan perenggan 3 Kod Tatatertib FAM akibat daripada kegagalan menjaga tingkah laku dengan baik apabila pemain-pemainnya bergaduh dengan pemain-pemain pasukan lawan (Penang FC) semasa perlawanan Kejohanan Bola Sepak 4 Penjuru Piala YAB Menteri Besar Terengganu, Terengganu FC II lwn Penang FC pada 9 Februari 2022 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu yang menyebabkan kecederaan. 

 

Hukuman: Kelab Bolasepak Terengganu II/Terengganu FC II didenda RM10,000 serta diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. Keputusan ini tidak boleh dirayu.

 

2. Kelab Bolasepak Penang/Penang FC

 

Kesalahan: Melanggar Artikel 54 Kod Tatatertib FAM yang dibaca bersama Artikel 74, perenggan 2 dan perenggan 3 Kod Tatatertib FAM akibat daripada kegagalan menjaga tingkah laku dengan baik apabila pemain-pemainnya bergaduh dengan pemain-pemain pasukan lawan (Terengganu FC II) semasa perlawanan Kejohanan Bola Sepak 4 Penjuru Piala YAB Menteri Besar Terengganu, Terengganu FC II lwn Penang FC pada 9 Februari 2022 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu yang menyebabkan kecederaan. 

 

Hukuman: Kelab Bolasepak Penang/Penang FC didenda RM5,000 serta diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. Keputusan ini tidak boleh dirayu.

 

3. Pemain Terengganu FC II - Muhd Aqil Irfanuddin Mohd Sabri

 

Kesalahan: Melanggar Artikel 59 Kod Tatatertib FAM yang dibaca bersama Artikel 74, perenggan 2 dan perenggan 3 Kod Tatatertib FAM kerana didapati melakukan provokasi terhadap pemain pasukan lawan (Endrick Dos Santos Parafita) semasa perlawanan Kejohanan Bola Sepak 4 Penjuru Piala YAB Menteri Besar Terengganu, Terengganu FC II lwn Penang FC pada 9 Februari 2022 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

 

Hukuman: Pemain ini digantung selama sebulan daripada terlibat dengan sebarang aktiviti bola sepak termasuk aktiviti-aktiviti pentadbiran, pengurusan kesukanan bola sepak serta aktiviti yang bersampingan dengannya berkuatkuasa 24 Februari 2022 hingga 25 Mac 2022, didenda RM2,000 serta diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. Keputusan ini tidak boleh dirayu.

 

4. Pemain Penang FC - Endrick Dos Santos Parafita

 

Kesalahan: Melanggar Artikel 59 Kod Tatatertib FAM yang dibaca bersama Artikel 74, perenggan 2 dan perenggan 3 Kod Tatatertib FAM kerana didapati berkelakuan ganas apabila telah menumbuk bahagian belakang pemain pasukan lawan (Muhd Aqil Irfanuddin Mohd Sabri) semasa perlawanan Kejohanan Bola Sepak 4 Penjuru Piala YAB Menteri Besar Terengganu, Terengganu FC II lwn Penang FC pada 9 Februari 2022 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

 

Hukuman: Pemain ini digantung selama dua minggu daripada terlibat dengan sebarang aktiviti bola sepak termasuk aktiviti-aktiviti pentadbiran, pengurusan kesukanan bola sepak serta aktiviti yang bersampingan dengannya berkuatkuasa 24 Februari 2022 hingga 9 Mac 2022, didenda RM1,000 serta diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. Keputusan ini tidak boleh dirayu.

 

5. Pemain Penang FC - Anselmo Arruda Da Silva

 

Kesalahan: Melanggar Artikel 59 Kod Tatatertib FAM yang dibaca bersama Artikel 74, perenggan 2 dan perenggan 3 Kod Tatatertib FAM kerana didapati berkelakuan ganas apabila telah menendang dengan aksi ”flying kick” pemain pasukan lawan (Mohammad Ridzuan Mohd Razali) semasa perlawanan Kejohanan Bola Sepak 4 Penjuru Piala YAB Menteri Besar Terengganu, Terengganu FC II lwn Penang FC pada 9 Februari 2022 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

 

Hukuman: Pemain ini digantung selama sebulan daripada terlibat dengan sebarang aktiviti bola sepak termasuk aktiviti-aktiviti pentadbiran, pengurusan kesukanan bola sepak serta aktiviti yang bersampingan dengannya berkuatkuasa 24 Februari 2022 hingga 25 Mac 2022, didenda RM3,000 serta diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. Keputusan ini tidak boleh dirayu.

 

6. Pemain Terengganu FC II - Mohammad Ridzuan Mohd Razali

 

Kesalahan: Melanggar Artikel 59 Kod Tatatertib FAM yang dibaca bersama Artikel 74, perenggan 2 dan perenggan 3 Kod Tatatertib FAM kerana berkelakuan ganas apabila telah menendang dan menumbuk muka  pemain pasukan lawan (Muhammad Adib Abdul Ra’op) sehingga berdarah hidung semasa perlawanan Kejohanan Bola Sepak 4 Penjuru Piala YAB Menteri Besar Terengganu, Terengganu FC II lwn Penang FC pada 9 Februari 2022 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

 

Hukuman: Pemain ini digantung selama dua bulan daripada terlibat dengan sebarang aktiviti bola sepak termasuk aktiviti-aktiviti pentadbiran, pengurusan kesukanan bola sepak serta aktiviti yang bersampingan dengannya berkuatkuasa 24 Februari 2022 hingga 24 April 2022, didenda RM4,000 serta diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. Keputusan ini tidak boleh dirayu.

 

7. Pasukan Futsal Kedah

 

Bantahan: Perkara 13-5 Peraturan Pertandingan Malaysia Premier Futsal League (MPFL) 2022

 

Keputusan: Jawatankuasa sebulat suara membuat keputusan bahawa bantahan Pasukan Futsal Kedah adalah ditolak dan keputusan perlawanan CUCKOO Malaysia Premier Futsal League (MPFL) 2022, Kedah lwn Perak pada 5 Februari 2022 dikekalkan.

 

DATUK CHE MOKHTAR CHE ALI

TImbalan Pengerusi

Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

 

* Dikeluarkan pada Jumaat, 25 Februari 2022