KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA TATATERTIB FAM PADA 18 FEBRUARI 2016

2016-02-18

Jawatankuasa Tatatertib FAM dalam mesyuaratnya pada 18 Februari 2016 (Khamis) telah mencapai keputusan berikut:

1.      Tindakan pemain pasukan Negeri Sembilan, Mohd Hariri Mohd Safii menyerang pemain pasukan Kuantan FA semasa perlawanan Liga Premier 2016 antara pasukan Negeri Sembilan menentang pasukan Kuantan FA di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada 12 Februari 2016.

  • Pemain, Mohd Hariri Mohd Safii telah didapati bersalah kerana melanggar ‘Artikel 50.1 (d) Kod Tatatertib FAM 2015’ berkenaan ‘Salahlaku terhadap pihak lawan atau individu selain daripada pegawai perlawanan’ dibaca bersama dengan ‘Artikel 18.4 Kod Tatatertib FAM 2015’ berkenaan ‘Perintah keluar padang’ dan dikenakan hukuman berikut:
  1. Digantung daripada bermain untuk empat (4) perlawanan termasuk satu penggantungan perlawanan secara automatik seperti berikut:
  1. Perlawanan Liga Premier 2016, KL DRB Hicom lawan Negeri Sembilan pada 15 Februari 2016 di Stadium Proton, Tanjung Malim (penggantungan perlawanan secara automatik);
  1. Perlawanan Piala FA 2016,  Sungai Ara FC lawan Negeri Sembilan pada 20 Februari 2016 di Stadium Mini USM, Pulau Pinang;
  1. Perlawanan Liga Premier 2016, Negeri Sembilan lawan Kuala Lumpur pada 26 Februari 2016 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi; dan
  1. Perlawanan Liga Premier 2016,  Melaka lawan Negeri Sembilan pada 1 Mac 2016 di Stadium Hang Jebat, Melaka.
  1. Didenda sebanyak RM1,000.00.
  1. Pemain diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama.

 

2.      Tindakan pemain pasukan Kuantan FA, Hazwan Fakrullah Mohd Zuridi menyerang pemain pasukan Negeri Sembilan semasa perlawanan Liga Premier 2016 antara pasukan Negeri Sembilan menentang pasukan Kuantan FA di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada 12 Februari 2016.

  • Pemain,  Hazwan Fakrullah Mohd Zuridi telah didapati bersalah kerana melanggar ‘Artikel 50.1 (d) Kod Tatatertib FAM 2015’ berkenaan ‘Salahlaku terhadap pihak lawan atau individu selain daripada pegawai perlawanan’ dibaca bersama dengan ‘Artikel 18.4 Kod Tatatertib FAM 2015’ berkenaan ‘Perintah keluar padang’ dan dikenakan hukuman berikut:

      i. Digantung daripada bermain untuk dua (2) perlawanan termasuk satu penggantungan perlawanan secara automatik seperti berikut:

                    a) Perlawanan Liga Premier 2016,  Kuantan FA lawan Sabah pada 15 Februari 2016 di Stadium Darul Makmur, Kuantan (penggantungan perlawanan secara automatik); dan

                    b) Perlawanan Piala FA 2016, Kuantan FA lawan Pulau Pinang pada 20 Februari 2016 di Stadium Darul Makmur, Kuantan.

  1. Didenda sebanyak RM1,000.00.
  2. Pemain diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama.

 

3.      Tindakan pemain pasukan Pahang, Mohd Saifulnizam Miswan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pengadil perlawanan semasa perlawanan Liga Super 2016 antara pasukan Pahang menentang pasukan T-Team di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada 13 Februari 2016.

  • Pemain, Mohd Saifulnizam Miswan telah didapati bersalah kerana melanggar ‘Artikel 51.1 (b) Kod Tatatertib FAM 2015’ berkenaan ‘Salahlaku terhadap pegawai perlawanan’  dan dibaca bersama dengan ‘Artikel 18.4 Kod Tatatertib FAM 2015’ berkenaan ‘Perintah keluar padang’ dan dikenakan hukuman berikut:
  1. Digantung daripada bermain untuk empat (4) perlawanan termasuk satu penggantungan perlawanan secara automatik seperti berikut:
  1. Perlawanan Liga Super 2016, Pulau Pinang lawan Pahang pada 16 Februari 2016 di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang (penggantungan perlawanan secara automatik);
  1. Perlawanan Piala FA 2016, Pahang lawan T-Team pada 19 Februari 2016 di Stadium Darul Makmur, Kuantan;
  1. Perlawanan Liga Super 2016, Pahang lawan Selangor pada 27 Februari 2016 di Stadium Darul Makmur, Kuantan; dan
  1. Perlawanan Liga Super 2016, Pahang lawan Terengganu pada 1 Mac 2016 di Stadium Darul Makmur, Kuantan.
  1. Didenda sebanyak RM2,000.00.
  1. Pemain diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama.