KEPUTUSAN PENGGANTUNGAN PERLAWANAN KE ATAS PEMAIN-PEMAIN YANG DISABIT KESALAHAN KERANA MENERJAH & AMARAN KERAS KEPADA PEMAIN TIDAK BERDISIPLIN

2017-04-25

Jawatankuasa Tatatertib, di bawah Artikel 81, Kod Tatatertib FAM telah memutuskan untuk menggantung pemain-pemain berikut satu perlawanan dan denda Ringgit Malaysia Tiga Ribu (RM3,000.00) kerana menerjah di dalam perlawanan masing-masing.

 

1. Pemain JDT Afiq Fazail (JDT mln Pahang. Suku akhir kedua Piala FA)

 

Penggantungan yang disebut di atas akan dilaksanakan pada 06.05.2017, perlawanan 74 Liga Super 2017, Melaka melawan JDT. Ini adalah kerana Pasukan JDT tidak layak ke peringkat seterusnya dalam saingan Piala FA 2017.

 

2. Pemain Kedah Mohd Rizal Ghazali (T Team vs Kedah. Liga Super)

 

(a) Penggantungan yang disebut di atas akan dilaksanakan pada 09.05.2017, perlawanan 73 Liga Super 2017, PKNS FC melawan Kedah.

 

(b) Penggantungan automatik kerana menerima kad merah semasa perlawanan 61 Liga Super, T-Team vs Kedah pada 15.04.2017 adalah pada 26.04.2017, perlawanan 49 Liga Super 2017, Perak melawan Kedah.

 

3. Pemain T-Team Fakhrurazi Musa (T-Team FC vs Kedah. Liga Super)

 

(a) Penggantungan yang disebut di atas akan dilaksanakan pada 06.05.2017, perlawanan 76 Liga Super 2017, T-Team FC melawan Perak.

 

(b) Penggantungan automatik kerana menerima kad kuning ketiga semasa perlawanan 61 Liga Super, T-Team FC vs Kedah pada 15.04.2017 adalah pada 26.04.2017, perlawanan 50 Liga Super 2017, T-Team FC melawan Selangor.

 

4. Pemain Pahang Mohamadou Sumareh (JDT mln Pahang. Suku akhir kedua Piala FA)

 

Penggantungan yang disebut di atas akan dilaksanakan pada 30.04.2017, perlawanan 36 (SF1) Piala FA 2017, Pahang melawan Negeri Sembilan.

 

5. Pemain JDT, Nazmi Faiz Mansor (JDT mln Pahang. Suku akhir kedua Piala FA)

 

Selepas melakukan penilaian dan meneliti rakaman video secara terperinci, Jawatankuasa Tatatertib juga mendapati pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Nazmi Faiz Mansor turut melakukan kekasaran dan terjahan pada pemain lawan sewaktu perlawanan suku akhir kedua Piala FA 2017 di antara pasukan JDT melawan Pahang, Ahad lepas. Jawatankuasa Tatatertib dengan ini telah memutuskan untuk menggantung Nazmi Faiz 1 perlawanan dan denda RM3,000.00.

Penggantungan yang disebut di atas akan dilaksanakan pada 06.05.2017, perlawanan 74 Liga Super 2017, Melaka melawan JDT. Ini adalah kerana pasukan JDT tidak layak ke peringkat seterusnya dalam saingan Piala FA 2017.

 

Datuk Baljit Singh Sidhu, Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

 

---

 

MATCH SUSPENSION DECISION FOR PLAYERS GUILTY OF STRIKING AND HARSH WARNING FOR PLAYERS WHO ARE NOT DISCIPLINED

 

The Disciplinary Committee under Article 81, FAM Code of Conduct has decided has to suspend each of these players for 1 match and a fine of Ringgit Malaysia Three Thousand (RM3,000.00) for striking in their respective matches.

 

1. JDT Player Afiq Fazail (JDT vs Pahang. Second Quarter Final FA Cup)

 

The suspension is in match 74, 2017 Super League, Melaka against JDT on 06.05.2017. This is because JDT is disqualified from the next round in the 2017 FA Cup competition.

 

2. Kedah Player Mohd Rizal Ghazali (T Team vs Kedah. Super League)

 

(a) The suspension stated above will be executed on 09.05.2017, match 73 Super League 2017, PKNS FC against Kedah.

 

(b) Automatic suspension due to receiving a red card during match 61 Super League, T-Team vs Kedah on 15.04.2017 is on 26.04.2017, match 49 Super League 2017, Perak against Kedah.

 

3. T-Team Player Fakhrurazi Musa (T-Team FC vs Kedah. Super League)

 

(a) The suspension stated above will be executed on 06.05.2017, match 76 Super League 2017, T-Team FC against Perak.

 

(b) Automatic suspension due to receiving a third yellow card during match 61 Super League, T-Team FC vs Kedah on 15.04.2017 is on 26.04.2017, match 50 Super League 2017, T-Team FC against Selangor.

 

4. Pahang Player Mohamadou Sumareh (JDT vs Pahang. Second Quarter Final FA Cup)

 

Suspension is in match 36 (SF1) 2017 FA Cup, Pahang against Negeri Sembilan on 30.04.2017.

 

5. JDT Player, Nazmi Faiz Mansor (JDT vs Pahang. Second Quarter Final FA Cup)

 

After viewing and evaluating the video recording in detail, the Disciplinary Committee also found Johor Darul Ta’zim (JDT) Player, Nazmi Faiz Mansor guilty for striking an opponent during the second quarterfinal match 2017 FA Cup between JDT against Pahang, last Sunday. The Disciplinary Committee after deliberating on the matter decided to suspend Nazmi Faiz for 1 match and a fine of RM3,000.00.

The suspension will be implemented on 06.05.2017, match 74 2017 Super League, Melaka against JDT. This is because JDT is not qualified in the next round in 2017 FA Cup competition.

 

Datuk Baljit Singh Sidhu, Chairman of the Disciplinary Committee of Football Association of Malaysia (FAM)

 

Demi Bola Sepak Tanah Air

#HarimauMalaya

#TheRealHarimauMalaya

#RevolusiFAM

#EraBaharu