KEPUTUSAN UNDIAN KELAYAKAN KEJUARAAN WANITA B-19 & B-16 AFC 2019

2018-05-30

Skuad wanita B-19 kebangsaan kendalian Jacob Joseph telah diundi dalam Kumpulan E bersama Vietnam, Jordan, dan Northern Mariana Islands bagi saingan kelayakan Kejuaraan Wanita B-19 AFC 2019 pada majlis undian di Kuala Lumpur hari ini.

Malaysia akan bertemu Vietnam pada 24 Oktober 2018 diikuti perlawanan menentang Jordan pada 26 Oktober dan Northern Mariana Islands pada 28 Oktober dalam saingan pusingan kelayakan pertama dengan tuan rumah akan ditentukan kemudian.

Jika layak ke pusingan kelayakan seterusnya, perlawanan pusingan kelayakan kedua akan berlangsung dari 22 hingga 30 April 2019.

Sementara itu, skuad wanita B-16 kebangsaan kendalian Timbangan @ Gosutim bin Ganai yang juga dikenali sebagai Justin Ganai pula telah diundi dalam Kumpulan E bersama Filipina, Myanmar, Nepal dan Syria bagi saingan kelayakan Kejuaraan Wanita B-16 AFC 2019 pada majlis undian di Kuala Lumpur juga pada hari ini.

Mereka akan bertemu Myanmar pada 15 September 2018 diikuti aksi menentang Syria pada 17 September, Filipina pada 21 September, dan Nepal pada 23 September dalam saingan pusingan kelayakan pertama dengan kesemua perlawanan pusingan tersebut diadakan di Nepal.

Jika mereka layak ke pusingan kelayakan seterusnya, perlawanan pusingan kelayakan kedua akan berlangsung dari 23 Februari hingga 3 Mac 2019.