
Pasukan KL Felda United berjaya mempertahanan kejuaraan Liga Futsal Kebangsaan FAM-Felda 2015 (LFK) yang dirangkul pada tahun lepas setelah pencabar terdekat, T-Team tewas mengejut 3-1 kepada Sabah Quilmes dengan berbaki dua perlawanan lagi.
Skuad kendalian ketua jurulatih Zul Azmi Zulkifli itu menewaskan KL Petaling Putra 9-4 dan kemudian seri 2-2 dengan Melaka.
Saingan untuk kejuaraan LFK kategori wanita pula terus sengit dengan hanya dua mata memisahkan pendahulu liga KL Felda United dan Selangor dengan musim masih berbaki tiga perlawanan.
KL Felda United terus unggul dengan dua kemenangan berturut-turut 10-1 menentang ATM dan 5-0 menentang Kuala Lumpur manakala Selangor pula menundukkan ATM 6-0 dan PDRM 3-2.
Hari Perlawanan Kedua Puluh Lima
Lelaki |
Wanita |
Selangor MPSJ 4-6 Perak |
Selangor MPSJ 7-0 Kuala Lumpur |
KL Felda United 9-4 KL Petaling Putra |
KL Felda United 10-1 ATM |
Pahang 3-3 Kuala Lumpur MK |
PDRM 4-1 Kedah |
Kedah 2-1 Selangor |
|
Hari Perlawanan Kedua Puluh Enam
Lelaki |
Wanita |
Sabah 6-2 Melaka |
Kedah 4-1 Sabah |
T-Team 1-3 Sabah Quimes |
ATM 0-6 Selangor |
Kuala Lumpur MK 3-2 Kedah |
Perak 2-1 Sarawak DBKU |
Perak 5-2 Pahang |
Kuala Lumpur 0-5 KL Felda United |
Hari Perlawanan Kedua Puluh Tujuh
Lelaki |
Wanita |
T-Team 5-7 Sabah |
Selangor 3-2 PDRM |
KL Petaling Putra 2-9 Selangor MPSJ |
Sabah 13-1 Sarawak DBKU |
Melaka 2-2 KL Felda United |
Perak 4-3 Selangor MPSJ |
Selangor 7-3 Sabah Quimes |
|