LFK 2017: FELDA UNITED JUARA KATEGORI WANITA, REKOD TANPA KALAH PASUKAN LELAKI MELAKA LEBUR

2017-05-07

Felda United muncul juara baharu kategori wanita Liga Futsal Kebangsaan (LFK) 2017 selepas menamatkan saingan dengan rekod tanpa kalah apabila menewaskan pencabar utama, Kuala Lumpur Ally Group 4-2 pada hari kedua Sirkit 9 (sirkit terakhir) di Arena UPSI, Tanjung Malim, hari ini.

 Sementara Melaka yang telah disahkan sebagai juara kategori lelaki selepas menewaskan Felda United 6-5 semalam gagal mengekalkan rekod tanpa kalah mereka apabila tewas 4-2 kepada Pahang.

 Bagi kategori wanita, Felda United kendalian Rozmin Musa menamatkan saingan dengan mengumpul 28 mata menerusi sembilan menang, sekali seri dan tidak tewas manakala Kuala Lumpur Ally Group bimbingan Masri Mohd Jan di tangga kedua dengan 22 mata hasil tujuh menang, sekali seri dan dua tewas.

 Perak di tangga ketiga dengan 21 mata selepas membelasah pasukan tangga kelima, Sarawak 9-3.

 PDRM pula kekal di tangga keempat dengan lapan mata biarpun sekadar seri 2-2 dengan pasukan tercorot, ATM.

 Bagi kategori lelaki pula, Melaka kendalian Mohamad I'sah Abd Rahim menamatkan kempen musim ini dengan 43 mata menerusi 14 menang, sekali seri dan sekali tewas.

 Felda United yang gagal mempertahankan kejuaraan terpaksa berpuas hati di tangga kedua dengan 37 mata selepas menewaskan pasukan tangga kelima, Perak 8-2 diikuti Pahang di tangga ketiga dengan 35 mata.

 KL City FC pula di tangga keempat dengan 26 mata selepas berjaya mencatat kemenangan tipis 8-7 ke atas pasukan kedua tercorot, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

 Kuala Lumpur TPD mengakhiri saingan dengan kemenangan besar 10- 1 ke atas pasukan tercorot, KL Petaling Putra untuk menduduki tangga keenam dengan 21 mata.

 Sejurus perlawanan terakhir antara pasukan lelaki Perak bertemu Felda United, majlis penyampaian hadiah berlangsung dengan dihadiri Naib Presiden FAM, Datuk Haji Rosmadi Ismail selaku Pengerusi Jawatankuasa Futsal & Bola Sepak Pantai FAM; Naib Presiden FAM, Dato' S Sivasundaram serta Exco FAM, Supt Md Dali Wahid selaku Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Futsal & Bola Sepak Pantai FAM dan Exco FAM, Subkhiddin Haji Mohd Salleh.

 

SENARAI PEMENANG LIGA FUTSAL KEBANGSAAN (LFK) 2017

 

KATEGORI LELAKI

 

Juara: Melaka (RM100,000)

Naib Juara: Felda United (RM50,000)

Ketiga: Pahang (RM30,000)

Pemain Terbaik: Abu Haniffa Hassan - Melaka (RM3,500)

Penjaring Terbanyak: Muhammad Azri Rahman - Felda United - 20 gol (RM2,000)

 

KATEGORI WANITA

 

Juara: Felda United (RM80,000)

Naib Juara: Kuala Lumpur Ally Group (RM40,000)

Ketiga: Perak (RM20,000)

Pemain Terbaik: Siti Asnidah Zamri - Felda United (RM3,500)

Penjaring Terbanyak: Steffi Sarge Kaur - Kuala Lumpur Ally Group - 18 gol (RM2,000)

 

 

KEPUTUSAN HARI KEDUA SIRKIT 9

 

(Kategori Lelaki)

 

MBPP 7

Muhammad Haziq Mohd Yusoff 4' 21' 30'

Muhammad Amirul Ismail 9'

Mohammad Hafiz Ramle 12' 35'

Muhamad Hanis Izzuddin Abdul Latif 39'

KL CITY FC 8

Hazizi Mansor 13' 14' 26' 32'

A Kissheen 23'

K Yakish Rao 26' 37'

Muhammad Farhan Khairul Anuar 39'

 

KUALA LUMPUR TPD 10

Aizat Azril Yusseri 5' 20'

Muhammad Aliff Mohd Roslan 7' 8'

Al Haziq Adnan 12' 26'

Muhamad Farhan Baahrim 27'

Muhamad Arif Johan Johari 31'

Dzulkamal Ariffin Md Ruzi 32' 35'

KL PETALING PUTRA FC 1

Azrin Hezry Zainol 10'

 

PAHANG 4

Muhammad Hazreen Mohamad Ali 18'

Mohd Ridzwan Bakri 23' 34'

Muhammad Shamsul Akmar Zamri 25'

MELAKA 2

Mohd Khairul Effendy Mohd Bahrin 4' 33'

 

PERAK 2

Mohd Ridhwan Zainal 33' 34'

FELDA UNITED 8

Muhammad Azri Rahman 1' 4' 23'

Syed Aizad Daniel Syed Nasir 5'

Qaiser Heshaam Abdul Kadir 7' 28'

Muhammad Akmal Yazadh Amri 30'

Mohd Faisal Saharudin 34'

 

(Kategori Wanita)

 

ATM 2

Siti Hajar Mohd Nasir 28'

Norida Ismawi 39'

PDRM 2

Angela Kais 13'

Mas Mulsah Ismail 24'

 

PERAK 9

Nurul Hamira Yusma Mohd Yusri 3' 14' 18' 29'

Intan Sarah Anisah Zulgafli 30' 36'

Najihah Mohd Za'im 33' 34'

Siti Rafizah Abdul Rahman 38'

SARAWAK 3

Rabiah Bishriyah Abdul Kadir 23'

Fitriah Mohamad Kadir 30'

Nur Azian Sapiee 38'

 

KUALA LUMPUR ALLY GROUP 2

Steffi Sarge Kaur 17'

Fasrina Amira Abdullah 34'

FELDA UNITED 4

Fatin Shahida Azmi 6'

Zur'ain Kamarudin 9'

Nur Shazreen Munazli 26'

Farahiyah Muhd Ridzuan 31'

 

 

* Langgan saluran rasmi youtube FAMTV bagi mengikuti video sedutan gol perlawanan LFK 2017: https://www.youtube.com/channel/UC20vnIGa_W4ofoLtKKzhvfA