LFK 2017: MELAKA HAMPIRI KEJUARAAN KATEGORI LELAKI SELEPAS FELDA UNITED TERCICIR MATA

2017-04-30

Pendahulu kategori lelaki, Melaka semakin hampir untuk dinobatkan sebagai juara baharu Liga Futsal Kebangsaan (LFK) 2017 selepas meneruskan rentak kemenangan dengan membelasah pasukan tercorot, KL Petaling Putra FC 14-0 pada hari kedua Sirkit 8 di Stadium Tertutup SUKPA, Kuantan, hari ini.

 Kemenangan ke-13 daripada 14 perlawanan itu meletakkan Melaka kendalian Mohamad I'sah Abd Rahim semakin selesa di tangga teratas dengan 40 mata, berkelebihan enam mata dengan pencabar terdekat, Felda United selepas juara bertahan itu sekadar seri 4-4 dengan pasukan tangga keempat, KL City FC.

 Berbaki dua lagi perlawanan, Melaka yang bakal berdepan Felda United dan Pahang pada Sirkit 9 tampak selesa apabila hanya memerlukan satu mata saja lagi untuk sah bergelar juara berbanding Felda United yang wajib menang ke atas Melaka dan Perak dengan jumlah jaringan yang besar jika berhajat menafikan trofi kejuaraan mereka dirampas Melaka.

 "Nasib nyata tidak memihak kepada Felda United untuk menang pada perlawanan hari ini. Kami sudah melakukan semuanya dengan mengawal permainan, beroleh banyak peluang tetapi gagal disempurnakan dan penjaga gol KL City FC juga beraksi cemerlang.

 "Tapi seri ini bukan bermakna perjuangan kami sudah berakhir. Kami tetap akan cuba kalahkan Melaka dan Perak. Mana tahu ada rezeki. Kami akan berjuang sehingga perlawanan terakhir," kata jurulatih Felda United, Addie Azwan Zainal ketika ditemui selepas perlawanan.

 Sementara itu, Pahang kendalian Mohd Yazeed Hamzah yang tidak beraksi semalam tampil garang membelasah pasukan kedua tercorot, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) 10-2 untuk mengumpul 31 mata di tangga ketiga, hanya tiga mata di belakang Felda United.

 Perak pula mengukuhkan kedudukan di tangga kelima selepas membenam pasukan tangga ketujuh, T-Team 8-4. Kuala Lumpur TPD yang tidak beraksi hari ini kekal di tangga keenam.

 

KEPUTUSAN HARI KEDUA SIRKIT 8

 

(Kategori Lelaki)

 

PAHANG 10

Muhammad Nazreen Saudi 3'

Mohd Ridzwan Bakri 7' 23'

Ahmad Shazni Hariz Mohd Noor 9' 16'

Akmarulnizam Mohd Idris 11' 37'

Ahmad Hanafi Mohd Nasir 17' 25'

Muhammad Fariq Mohammad 39'

MBPP 2

Zubaidi Alwee 22' 28'

 

PERAK 8

Muhammad Firdaus Zulkefli 8'

Mohd Syarul Nizam Ag Hassan 14'

Muhammad Faizul Azuan Ramli Sharip 15' 32' 35' 38'

Mohd Hafizi Ismail (GS) 19'

Muhammad Syadil Sainordin 29'

T-TEAM 4

Mohd Shafiliy Jusoh 10'

Ahmad Jazlan Jalil 23' 35'

Mohd Zaid Mazalan 39'

 

FELDA UNITED 4

Muhammad Aidil Shahril Rosli 2'

Muhammad Azri Rahman 10'

Muhammad Akmal Yazadh Amri 23'

Syed Aizad Daniel Syed Nasir 36'

KL CITY FC 4

A Kissheen 6'

K Yakish Rao 12'

Hazizi Mansor 28'

Muhammad Muzhaffar Mohd Tahar 36'

 

MELAKA 14

Jamaludin Alias 14' 21' 36'

Syurkery Mohamed (GS) 15'

Saiful Aula Ahmad 16' 18' 26' 39'

Muhammad Awaluddin Hassan 21'

Firdaus Ambiah 25' 39'

Yazid Kamaruzuan 29'

Saiful Nizam Mohamad Ali 36'

Yoga Matra Saiful Bahri 39'

KL PETALING PUTRA FC 0

 

 

* Langgan saluran rasmi youtube FAMTV bagi mengikuti video sedutan gol perlawanan LFK 2017: https://www.youtube.com/channel/UC20vnIGa_W4ofoLtKKzhvfA