LFK 2017: MELAKA RAMPAS TERAJU, FELDA KUASAI CARTA WANITA

2017-02-26

Pasukan Melaka kendalian Mohamad I’sah Abd Rahim merampas kedudukan selaku pendahulu liga setelah menumpaskan T-Team 5-4 pada aksi Sirkit 3 Liga Futsal Kebangsaan (LFK) 2017  di Arena UPSI, Tanjung Malim, hari ini.

 Kemenangan itu cukup bagi membolehkan Melaka memintas kedudukan Pahang yang tidak beraksi hari ini dengan mengumpul 15 mata maksimum.

 “Seperti yang dijangka, T-Team mampu mengukir kejutan dan terbukti hari ini memang kita bergelut. Boleh dikatakan nasib menyebelahi pasukan kita.

 “T-Team tadi berjaya mengambil kesempatan ke atas kesilapan-kesilapan kecil kita. InsyaAllah saya akan memperbaiki aspek ini untuk perlawanan akan datang. Saya harap pemain akan mengekalkan momentum ini kerana masih ada kelemahan yang perlu diperbaiki,” ujar I’sah.

 Selepas kekalahan semalam, Felda United bimbingan Addie Azwan Zainal bangkit mencatat kemenangan tipis 4-3 ke atas MBPP pada aksi yang cukup sengit untuk menghuni tangga ketiga dengan 12 mata.

 Perak kendalian Mohd Nazim Din beroleh kemenangan kedua setelah menumpaskan Kuala Lumpur TPD 5-2 manakala pertembungan sengit antara KL City FC dan KL Petaling Putra FC berkesudahan seri 4-4.

 Sementara itu, bagi kategori wanita, Felda United kendalian Rozmin Musa terus mengukuhkan cengkaman di persada LFK dengan 12 mata penuh setelah menumpaskan Sarawak 4-2.

 Perak di bawah bimbingan Haffiz Shaffiee  kekal di tangga kedua selepas mencuri tumpuan dengan kemenangan besar 11-2 ke atas PDRM. KL Ally Group kendalian Ismail Firdaus Khalid pula meneruskan rentak cemerlang setelah meraih kemenangan ketiga berturut menundukkan ATM 6-0 untuk kini mengumpul 9 mata.

Sirkit 4 akan bersambung pada 11 Mac depan.

 

KEPUTUSAN HARI KEDUA SIRKIT 3

 

LELAKI

 

KUALA LUMPUR TPD    2

Muhammad Syazwie Mohd Shafee 36’

Muhammad Aliff Mohd Roslan 27’

PERAK 5

Muhammad Razin A Rahim 6’

Mohamad Afendi Bonyamin 12’ 24’

Muhammad Faizul Azuan Ramli Sharip 29’

Mohd Syarul Nizam Ag Hassan 32’

 

MBPP 3

Mohd Shafirul IKhwan Mohd Shazuan Mahalingam 11’ 35’

Hidzir Mohd Hanifa 21’

FELDA UNITED 4

Azri Rahman 3’

Mohamad Ali Mahat 7’

Nurnaiim Abu Nangin 11’

Mohd Faisal Saharudin 16’

 

T-TEAM 4

Ahmad Jazlan Jalil 16’

Mohd Zaid Mazalan 19’

Wan Mohd Shahmi Farhan Mahmud 27’

Muhamad Fitrah Mohamad 29’

MELAKA 5

Mohd Khairul Effendy Mohd Bahrin 3’ 24’

Saiful Nizam Mohamad Ali 25’ 30’

Muhammad Saad Sani 31’

 

KL CITY FC 4

KL PETALING PUTRA  FC 4

 

WANITA 

 

ATM 0

KL ALLY GROUP 6

Steffi Sarge Kaur Sergeant Singh 14’ 16’ 28’ 36’

Nur Amira Mat Rasid 25’

Nurul Fatin Hanum Nor Aidi 27’

 

PDRM 2

Nor Hanifah Mohiden 23’

Angela Kais 32’

PERAK 11

Nuraiin Shafika Omar 1’ 2’ 24’

Intan Sarah Anisah Zulgafli 4’ 6’ 14’

Nurul Hamira Yusma Mohd Yusri 11’ 13’

Saidatul Nabila Sani 21’ 39’

Nur Madihah Nadzari 37’

 

FELDA UNITED 4

Hannani Adriana Shamsul Azizan 6’ 37’

Farah Najihah Abdul Aziz 17’

Nur Shazreen Munazli 19’

SARAWAK 2

Nor Azizah Isa 32’

Nur Azian Sapiee 37’

 

* Langgan saluran rasmi youtube FAMTV bagi mengikuti video sedutan gol perlawanan LFK 2017: https://www.youtube.com/channel/UC20vnIGa_W4ofoLtKKzhvfA