Liga Futsal Kebangsaan FAM-Felda 2015 kembali!

Pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berbesar hati untuk mengumumkan bahawa Liga Futsal Kebangsaan FAM-Felda musim 2014-2015 bakal bermula pada 27hb Februari ini di Kompleks Sukan Negara Panasonic, Shah Alam.

Tahun lepas, pasukan Felda menjuarai Liga Futsal Kebangsaan kategori lelaki manakala pasukan Selangor MPSJ pula menjuarai kategori perempuan pada edisi tahun lepas.

Edisi kali ini menampilkan 12 pasukan lelaki dan 10 pasukan wanita yang akan menguji kehandalan masing-masing bagi merebut gelaran juara Liga Futsal Kebangsaan.

Setiap pasukan akan bertemu sesama sendiri sebanyak dua kali. Sebanyak 22 perlawanan di peringkat liga akan berlangsung selama tempoh 12 minggu bermula minggu ini.

Pusingan Grand Final pula akan berlangsung di minggu ke-13 dari 8hb hingga 12hb Jun di mana 8 pasukan teratas dari setiap kategori akan bertanding di peringkat kumpulan A & B sebelum melayakkan diri ke pusingan kalah mati.

Kejohanan ini juga tampil lebih unik musim ini kerana pihak FAM telah membuka tawaran bagi mana-mana persatuan untuk menjadi tuan rumah untuk salah satu minggu perlawanan di peringkat liga.

J Category: 
article/futsal