Liga Futsal Kebangsaan FAM-Felda 2015 terus meriah di minggu kedua

Kemeriahan aksi pembukaan Liga Futsal Kebangsaan (LFK) FAM-Felda berterusan ke minggu kedua dari 6hb Mac 2015 hingga ke 9hb Mac 2015 dengan sebanyak 155 gol telah dihasilkan.

Perhitungan di antara pasukan Selangor MPSJ menentang pasukan Pahang menyaksikan sebanyak lapan gol dijaringkan dengan pasukan Tok Gajah tumpas 3-5.

Juara bertahan LFK kategori lelaki, KL Felda United pula meneruskan rentak cemerlang dengan kemenangan bergaya 6-2 ke atas Sabah Quilmes di dalam aksi Hari Perlawanan Kelima manakala kategori wanita juga menyaksikan dominasi Felda yang mengungguli carta liga setelah mencatat kemenangan ke 5-2 ke atas Kedah.

Penutup LFK pula menyaksikan pasukan wanita Selangor menang besar 15-2 ke atas pasukan Sarawak DBKU.

Hari Perlawanan Keempat

Lelaki

Perempuan

Pahang 3-5 Selangor MPSJ

Selangor 0-1 KL Felda United

Kedah 0-3 KL Felda United

Kedah 2-3 Selangor MPSJ

Sabah Quilmes 4-9 Melaka

Perak 3-4 PDRM

T-Team 5-2 KL Petaling Putra

 

Hari Perlawanan Kelima

Lelaki

Perempuan

Selangor 3-4 Perak

PDRM 3-5 Kuala Lumpur

Kuala Lumpur MK 7-3 Sabah

ATM 6-4 Sarawak DBKU

Selangor MPSJ 5-2 Kedah

KL Felda United 5-2 Kedah

KL Felda United 6-2 Sabah Quilmes

Sabah 1-0 Selangor MPSJ

Hari Perlawanan Keenam

Lelaki

Perempuan

Sabah 1-3 Pahang

Sarawak DBKU 2-15 Selangor

Perak 4-3 Kuala Lumpur MK

Sabah 2-0 Perak

Melaka 7-0 T-Team

Kuala Lumpur 6-1 ATM

KL Petaling Putra 2-7 Selangor

 

 

J Category: 
article/futsal