Liga Super: Pahang, JDT lebar jurang mata

Dua pasukan teratas Liga Super, Pahang dan Johor Darul Ta'zim (JDT) berjaya meraih tiga mata penuh selepas mengatasi lawan masing-masing pada perlawanan ke-17, malam tadi untuk terus melebarkan jurang mata berbanding pencabar lain.
 
 Pahang menewaskan ATM 2-0 di Stadium Darul Makmur, Kuantan manakala JDT mudah membelasah pasukan tercorot, Sime Darby FC 4-0 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin.
 
 Berbaki lima perlawanan, Pahang kekal di tangga teratas liga dengan 39 mata diikuti JDT dengan 37 mata.
 
 Perak kekal di tangga ketiga tanpa berganjak dengan jumlah 27 mata selepas mengalami kekalahan ketiga berturut-turut, kali ini tewas 3-2 kepada PDRM di Stadium Shah Alam.
 
 Selangor gagal menggunakan kesempatan untuk memintas Perak apabila sekadar seri 1-1 dengan Sarawak di Stadium Negeri, Kuching.
 Begitu juga Felda United FC yang seri 0-0 dengan Kelantan di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.
 
 Terengganu pula terus cemerlang meraih kemenangan keempat berturut-turut selepas menewaskan Lions XII 4-2 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu.
 
 Selangor, Felda United, Terengganu dan Lions XII kini berkongsi tangga keempat hingga ketujuh dengan mengumpul 26 mata.
 
 Perlawanan ke-18 akan berlangsung Sabtu ini (8 Ogos).
 
 
 
KEPUTUSAN MALAM TADI:
 
PAHANG 2
Dickson Nwakaeme m-14 & m-34
ATM 0
 
JOHOR DARUL TA'ZIM 4
Luciano Figueroa m-31 & m-68,
Asraruddin Putra Omar m-45+2,
Safiq Rahim m-49
SIME DARBY FC 0
 
PDRM 3
Ashfaq Ali m-11 & m-68,
Dramane Traore m-58
PERAK 2
Thiago Junio m-90+2,
Horace James m-90+4
 
SARAWAK 1
Patrick Gerhardt m-75
SELANGOR 1
Andik Vermansah m-39
 
FELDA UNITED FC 0
KELANTAN 0
 
TERENGGANU 4
Helmi Remeli m-8,
Issey Nakajima-Farran m-26 & m-52,
Norshahrul Idlan Talaha m-57
LIONS XII 2
Madhu Mohana m-25,
Hafiz Sujad m-55
J Category: 
uncategorised6