Malaysia B19 diundi dalam Kumpulan I

Skuad kebangsaan bawah-19 tahun telah diundi dalam Kumpulan I bersama pasukan Korea Utara, China dan Macau bagi Kelayakan Kejuaraan B-19 AFC 2016.

Sebanyak 10 pasukan juara dan 5 pasukan naib juara terbaik setiap kumpulan akan  melangkah ke pusingan akhir kejohanan bersama pasukan tuan rumah, Bahrain yang mendapat kelayakan automatik.

Pusingan Kelayakan akan berlangsung dari 28 September hingga 6 Oktober 2015.

KUMPULAN I

Korea Utara

China

Malaysia

Macau

KOMEN JURULATIH HARIMAU MUDA C, HASSAN SAZALI MOHD WARAS

“Pada saya, satu undian yang terbuka kepada semua pasukan, mungkin Korea Utara ada sedikit kelebihan tetapi kita tidak akan memberi laluan yang mudah kepada mereka.

“Kita harus mempersiapkan pasukan bagi mengadakan dua perlawanan persahabatan bersama pasukan yang mempunyai corak permainan yang sama dengan Korea Utara dan China selepas kejohanan AFF yang berakhir pada 4 September ini.

“Kita harus mendapatkan mata sewaktu bertemu China bagi mendapat tempat sebagai dua pasukan terbaik dalam kumpulan untuk layak ke pusingan akhir di Bahrain nanti.”

J Category: 
uncategorised8